Monday, June 15, 2009

Cukuplah Bagiku...


Aku tidak perlukan laptop2 berteknologi tinggi yang mempunyai touch screen, berprocessor canggih, mahu pun mempunyai internal hdd sehingga 1Tb...
Cukuplah bagiku sebuah laptop ringkas, hadiah dari bapaku untuk membantuku dalam pelajaranku...

Aku tak perlukan henset canggih yang mampu menyimpan ribuan lagu untuk santapan telinga, mampu menangkap gambar dengan kamera berpixel tinggi, mampu membuat panggilan video kepada rakan di seberang...
Cukuplah bagiku sebuah henset yang mampu memberiku kepuasan
berbual dengan insan tersayang, menyatakan rasa hati melalui mesej2 ringkas...

Aku tidak perlukan pakaian mahal dan berjenama untuk berjalan di muka bumi ini, yang mampu membuat rakan2ku kagum, memikat hati sesiapa yang memandang...
Cukuplah bagiku sepasang seluar panjang yang tidakku tahu apa jenamanya dan sehelai baju yang dibeli entah di mana bagi menutup auratku ini...

Aku tidak perlukan banglo mewah untukku diami. Tingkatnya tiga, kolamnya besar, halamannya luas. Pembantu rumah yang banyak, pemandu peribadi yang setia membawa ke mana mahuku...
Cukuplah bagiku rumah warisan ini, teduhku tika panas, payungku sewaktu hujan, tempatku dibesarkan, diberi kasih sayang...

Aku tidak perlukan ribuan kawan yang sentiasa di sisi ketika tawaku, hilang ke mana sewaktu senduku. Yang ada bersama tika senangku, hanya memandang tika susahku...
Cukuplah bagiku seorang teman yang sudi mendengar luahan rasaku, memberikan pelukan disaat-saat perlu, menemaniku, menenangkan hatiku...

Aku tidak perlukan seorang jelitawan sebagai menantu kepada ibu bapaku. Berwajah cantik mencairkan hati, keturunan bangsawan hebat pengaruhnya dan mampu miliki apa dihajati...
Cukuplah bagiku seorang insan yang indah akhlaknya, sejuk hatiku ketika bersamanya. Sebagai teman yang perihatin, sahabat yang memahami, rakan yang setia menemani...

Wednesday, June 10, 2009

Cinta Itu Buta

Kata orang cinta itu buta. Tapi orang yang buta tidak semestinya bercinta. Begitu juga dengan orang yang bercinta, tidak semestinya buta. Jadi adakah cinta itu buta? Bagi mereka yang cintakan orang bernama Buta, sudah pasti dia 'cinta itu Buta'. Jadi bolehlah teori ini digunakan sebenarnya.

Walaubagaimana pun teori ini tidak menghalang mereka yang bernama Buta untuk bercinta. Tidak kisahlah dengan siapa mereka bercinta, mereka jauh sekali cenderung untuk menjadi buta. Bagi mereka yang bernama Cinta, istilah cinta itu buta adalah istilah taboo kerana Buta mungkin seorang lelaki, sedangkan Cinta seorang perempuan. Sudah tentu Cinta marah apabila orang berkata Cinta itu Buta kerana mana mungkin Cinta itu boleh menjadi Buta. Sekali pun Cinta dan Buta adalah adik beradik, itu tidak juga membolehkan Cinta menjadi Buta. Salah seorang di antara mereka pasti akan menjadi abang atau kakak. Jadi kenapa dikatakan cinta itu buta? Sekiranya Cinta dan Buta merupakan adik beradik kembar yang mempunyai genotype yang sama sekali pun, tidak mungkin Cinta itu Buta. Kerana sudah namanya pun berbeza sudah tentu orangnya sama sekali tidak sama. Boleh jadi Cinta sukakan kucing, boleh jadi Buta suka mandi sungai. Cinta dan Buta sama sekali tidak boleh di samakan kerana kedua-duanya memiliki sikap dan karekter yang berbeza. Jadi terbuktilah di sini yang Cinta itu bukan Buta.

Kemudian timbul pula istilah cinta itu buta dan membutakan. Satu lagi kekeliruan timbul di sini. Adakah Cinta itu seorang Ah Long yang menggunakan nama samaran Buta bagi mengelakkan dirinya di tangkap polis? Adakah Cinta menggunakan kaedah mencucuk mata sehingga buta semasa mengutip hutang-hutangnya? Mungkin ada kebenarannya, bila mana Cinta itu menjadi Buta dan menyerang mata orang lain, maka logiklah istilah cinta itu buta dan membutakan. Hakikat yang pahit terpaksa juga ditelan. Namun, tidak seratus peratus benar juga. Boleh jadi Buta adalah seorang lelaki yang digelar Cinta oleh rakan-rakannya kerana dia sering putus cinta. Lantas kerana tekanan jiwa, tanpa disedarinya, dia telah mencucuk mata kawannya itu sewaktu mengigau. Mungkin dari situ wujudnya satu lagi teori yang membenarkan istilah "Cinta itu Buta dan membutakan.

Walaubagaimana pun, tidak kisahlah macam mana sekali tanggapan masyarakat terhadap Cinta dan Buta, sekiranya mereka ditakdirkan bersama, tiada siapa boleh mengubahnya. Sungguhpun Cinta itu tidak mungkin menjadi Buta tetapi itu tidak menghalang Cinta untuk mencintai Buta. Dan sekiranya berlaku kemalangan di mana Cinta kebutaan matanya, andai Buta benar-benar mencintai Cinta, Buta pasti akan membutakan sebelah matanya untuk didermakan kepada Cinta. Maka jadilah Cinta itu buta sebelah mata dan dalam masa yang sama, Buta juga buta sebelah mata....

Oleh itu janganlah bercinta jika risau anda menjadi Buta kerana Cinta...






Tuesday, June 9, 2009

Noktah

Orang bercinta, engkau pun nak bercinta. Tapi cintamu mati, tidak berjiwa. Kerana cintamu tidak kena pada tempatnya. Cinta mereka cinta yang bermaruah, berlandaskan keimanan, berteraskan ketakwaan, bermatlamatkan keredhaan Ilahi. Sedangkan cinta dikau? Mengikut nafsu semata-mata, hanya sekadar suka-suka. Kau rasakan cinta dikau itu suci dan murni bermottokan, cinta kita membawa ke syurga, tapi sejauh manakah cinta tanpa ikatan tersebut? Cinta yang dikau gelarkan cinta sejati itu bukan pun cinta pada asalnya. Itu hanya naluri dan fitrahmu sebagai seorang manusia, ingin mengasihi dan dikasihi. Ya, memang kita memerlukan naluri tersebut tapi bukan untuk disalurkan pada sembarangan saluran. Hanya dengan ikatan pernikahan mampu menghalalkan yang haram, menukar status cinta nafsu kepada cinta yang murni.

Sewaktu di sekolah dahulu, jiwamu lemah. Amat mudah sekali kau tewas pada pujuk rayu mereka. Kau rasakan, "oh, mungkin dialah yang terbaik untukku" lantas kau menjalinkan hubungan. Setiap hari bersama. Makan bersama, riadah bersama, belajar bersama. Bila sedih dikongsi bersama, bila gembira tertawa berdua. Indahnya hidupmu, hanya dikau yang mengerti bagaimana. Kau rasakan dunia ini hanya milik kau dan dia. "alangkah indahnya cinta ini" desis kecil hatimu. Tapi selama mana cinta itu bertahan? Mungkin 3,4 bulan atau selama setahun. Pasanganmu itu mula merasakan kekosongan. Segala kekurangan dirimu mula diperkatakan, keindahan dan ketulusanmu, mula dipertikaikan. Konflik datang dan menamatkan segalanya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Namun kau masih tidak mengalah. Engkau mahukan belaian, mahu mencintai dan dicintai. Lantas engkau memulakan langkahmu. Kau goda seseorang dan akhirnya kalian menjadi pasangan yang bercinta. Adakah percintaanmu kali ini membawa ke syurga? Tidak, sebaliknya engkau dibawa ke surau oleh pasanganmu agar engkau bertaubat. Pasanganmu itu mula sedar akan hakikat percintaan tersebut. Dia sedar akan dosa, dia tahu akan balasannya. Namun engkau masih tidak berubah. Kau kerling dirinya dan, "eleh nak jadi baik konon" kau permainkan niat hatinya.
Tibalah masanya untuk berpisah...

Sejak dari itu engkau tidak lagi seperti dulu. Dirimu kini semakin ekstrem. Godaanmu semakin hebat. Dengan solekanmu, lunak suaramu, cantik tubuhmu, pasti cair hati setiap lelaki yang memandang. Kau masih mencari-cari cintamu. Jika di sini tiada, mungkin di sana. Jika tidak di sana, mungkin di situ. Pertemuanmu dengan seorang usahawan membuatkan hatimu berbunga. "Mungkin inilah cintaku" Wajah yang tampan, ekonomi yang stabil, kerjaya yang hebat. Amat cocok sekali rasanya jika digandingkan denganmu. Setiap hari bersama. Makan bersama, menonton wayang bersama, membeli-belah bersama. Ya, segalanya "bersama". Fikiranmu menerawang, menerobos ke masa silam. Sewaktu di alam persekolahan kau pernah melalui semua ini. Sewaktu di kolej, semasa di universiti dan kini. Engkau mulai bosan. Engkau mahukan bersama dalam erti kata lain. Sekatil bersama, tidur bersama...mungkin ini yang engkau mahukan. Akhirnya dikau disatukan dengan ikatan perkahwinan. Kini berakhir sudah pengembaraanmu setelah kau dapat segala yg kau inginkan. Indahnya "cinta" ini, hatimu berbisik.


Hari berganti hari. Bulan datang dan bulan pergi. Baru sahaja setahun tempoh penyatuanmu, engkau mula merasa bosan. Untuk apa perkahwinan ini. Adakah hanya untuk "itu"? Sejak berkahwin kau hanya bertemu dia di kamarmu. Tiada lagi makan bersama, berhibur bersama. Adakah ini cinta yang dikau cari? Soalmu pada diri, di manakah nikmat cinta yang berlandaskan jalan yang haq? Engkau buntu mencari jawapan. Segalanya telah engkau nikmati sebelum berkahwin kecuali satu. Dan setelah engkau dapat nikmat tersebut ke mana hala tujumu sekarang? Apa lagi yang engkau kejarkan kini? Engkau bingung...
Adakah telah tiba masanya untuk berpisah?
Engkau pasrah..


Saturday, May 30, 2009

Ceritera Mereka Bukan Kita

Aneh..pelik..sungguh! Sememangnye aku benar-benar hairan. Hairan bagaimana kau mengenali aku dan bagaimana aku mengenali dikau. Ya, kite berkenalan di laman ciber. Kau tahu aku wujud dan aku tahu kau ada. Namun masing2 xpernah berjumpa. Sekadar bertukar2 pendapat di tetingkap2 maya dan melihat wajah masing2 dari file2 .jpeg dan juga .gif.. Kita tidak pernah bertemu. Aku rasa aku mengenali dikau sebagaimana dikau rasa dikau mengenali aku. Kita sama2 merasakan kita kenal akan peribadi dan perwatakan masing2. Hakikatnya sejauh mana perkenalan kita?

Suatu hari aku terfikir..adakah sebuah perkenalan di alam ciber ini akan berakhir di alam ciber jua? Tiba2 memori2 silam membanjiri benakku. Bagaimana detik2 awal perkenalan kita dan bagaimana kita mengakui bahawa kita bersahabat meskipun masing2 tidak pernah meluahkannya. Ya, jika direnungkan kembali, kita pernah bertemu sebenarnya, tetapi sayangnya kita tidak berkenalan di hari pertemuan itu. Entah bagaimana, suatu hari ditakdirkan kita 'bertemu' semula, bukan di alam nyata tetapi di alam maya ini. Mulai saat itu, saban hari kita 'bersama', pelbagai isu dan perkara kita bincangkan berdua. Pada mulanya, kita hanya 'berbual' mengenai pelajaran kerana hanya itu sahajalah persamaan kita. Kemudian dalam kita tidak sedar, kita semakin rapat. Topik2 lain mula mendapat tempat di kotak2 'perbualan' kita. Dari minat kita sehinggalah cerita2 tentang dunia. Segala2nya kita bincangkan bersama. Aku masih ingat bagaimana gurauanku mencuit hatimu dan bagaimana rajukmu menyentuh hatiku. Sepanjang perkenalan ini, tidak terkira banyaknya kali kita tertawa bersama, amat menyenangkan. Ya, aku sungguh gembira

Namun, tidak akan selamanya langit itu cerah. Bila tiba masanya, mentari kan menyerah. Entahlah, tidak pula aku pasti dari mana datangnya ribut tersebut. Ya, ribut datang membawa angin dingin. Kita tidak lagi serapat dahulu. Kerap kali kita bertengkar atas perkara2 kecil. Mudah sahaja pergaduhan tercetus di antara kita. Kau mahu mempertahankan pandangan dikau tatkala aku cuba melindungi pendapatku. Dingin sekali. Lalu kita membawa diri, kau dengan dunia kau dan aku dengan dunia ku. Tiada lagi cerita2 untuk kita kongsikan bersama. Tiada lagi gurauan2 untuk kita tawakan bersama. Kita semakin jauh..dan jauh. Dan..sekalipun kau ada di kala aku ada, kita tidak lagi bertegur sapa. Sampai bilakah? Ya, aku akui, bila sahaja kita cuba memulakan semula perbualan, pasti ianya berakhir dengan kemarahan. Salah akukah atau...? Mungkin aku yang bersalah kerana gagal mengambil hati seorang sahabat. Mungkin aku yang bersalah kerana tidak cuba memahami perasaan dikau. Kalau itu jawapannya, adakah cukup sebuah ungkapan "minta maaf" dari ku untuk mu? Aku bingung...

Mungkin benar teoriku, perkenalan di alam ciber ini tidak akan ke mana, kesudahannya di sini jua akhirnya. Tapi boleh jadi juga salah teoriku itu kiranya sudut2 lain diambil kira. Ah, aku keliru menjadi buntu~. Apakah sampai di sini sahaja suatu perhubungan yang kita gelarkan sebagai persahabatan? Biarkan masa berlalu dan menjawab persoalan itu..



Friday, May 29, 2009

Misteri Yang Terjawab

Pernah x anda terasa kehadiran suara atau bisikan halus yang menegah kita dari membuat suatu kebaikan? Mungkin kita rasa ianya hanya mainan perasaan kita dan kita tak berapa nak kisah la. Misterinye, bisikan ini akan hadir bile kite terdetik untuk melakukan sesuatu yang baik. Misalnye, tatkala kite berjalan seorang diri di sebatang jalan, tiba2 kita ternampak plastik gula2. Kecik je, rasenye kalo dibiarkan pon x terjejas ekosistem dan tak membahayakan sesiapa. Dan bile je kite nampak plastik tu, serta merta akan ade satu bisikan halus yang menyatakan "ala, xpe kecik je, nanti DBKL dtg dorang bersihkan le". dan biasenye kite akan terpengaruh dgn bisikan ini. Mungkin ade jugak yang pernah alami situasi lain, misalnye, lepas je kite solat fardu terdetik kt hati kite nak buat amalan sunat mcm solat sunat ke, bace Quran ke. dan lagi sekali, kalo kite perasan akan ade satu bisikan halus yang kite rasekan "detik kecil hati kite" menyuruh kite melakukan perkare2 lain (supaye kite lupe akan niat kite nak buat amalan sunat tu).

Misteri bertambah misteri. Bisikan halus ini ada jugak kadang2 menyuruh kita berbuat kebaikan.. kadang-kala kita akan mendengar bisikan ini bile kite nak ke surau atau masjid. Bisikan yang mencadangkan kita agar membawa apa2 counter agar di sepanjang perjalanan kite boleh mengira jumlah zikir2 kita. Dan usai sahaja solat, bila terdetik sahaja hati kita untuk berzikir, akan ada satu bisikan yang sama menyuruh kita mengangkat rantai tasbih agar orang lain tahu bahawa kita sedang berzikir padahal zikir boleh dibuat dalam hati. Kenapa bisikian itu menyeru kita melakukan perkara yang kita rasakan baik tersebut? Agar wujud perasaan riak dalam diri kita...

Bukan setakat itu sahaja, bahkan dalam solat pon masih lagi akan kedengaran bisikan2 ini. Kadang2 ia mencuri perhatian kita agar kita memikirkan sesuatu yang lain seperti ekonomi kite, makan minum dsb. Aneh, kan? Mungkin ada yang tidak dapat menerima istilah bisikan ini, maka mereka memujuk hati masing2 dengan menyatakan "ah, ini hanya perasaan aku, kata hati aku". Kebiasaannya kita akan mengikut kata hati ini sedangkan dalam kita tidak sedar, perasaan2 yang kita gelar kata hati ini bukanlah benar2 dtg dari lubuk hati kita. Ianya adalah suatu bisikan.

Persoalannya, dari manakah datangnya bisikan2 ini? Kita tahu jawapannya..


Tuesday, May 26, 2009

Senyumku Tawamu Sewaktu Belajar Bersama

Belajar, belajar, belajar... dari kecik sampai la besar kite asyik kene belajar. Ape yang kite belajar pulak makin lame makin susah, makin complicated sampaikan kadang-kadang kite asek merungut je, "kenape susah sgt ni?". Kite pon boring sangat, keluarlah mencari hiburan. Kate orang idop hanye sekali, ade betolnyer. Masing2 menggunakan motto itu untuk bergembira dgn alasan "kalo x enjoy sekarang, bile lagi?". Tapi pernah tak kite terpikir macamni, "emm, hidup hanye sekali, so knp tidak aku belajar seberape banyak yang boleh?". Haaa, belajar lg. Sure sume rase boring dgn word tu. Belajar ni bukan la belajar sains, math or bahase semate-mate. Kalau diluaskan skop pemahaman kite tentang belajar ni, belajar melukis pon belajar jugak, kan? Boleh gak belajar masak nasi(baru belajar aritu), buat origami, belajar mengarang, hatta care2 nak memikat hati seseorang pon boleh kite pelajari. So, kalo2 boring sangat belajar 4 exam, knp tidak kite luangkan mase belajar sesuatu ilmu sampingan yang kite rase menyeronokkan daripade asek men game, mengumpat or termenung je dsb.

Yang membuatkan orang taknak belajar ilmu2 sampingan ini adalah kerane mereke xde idea, "ape nak buat ek?". Actually, bagi sape2 yang ade internet, byk yang boleh kite explore. Manfaatkan sepenuhnye internet tu. Taip je apape yang kite nak tau semuenye akan terpapar. Baru-baru ni saye sendiri pon tetibe je minat nak belajar main piano. So, just search je kt net, cari apape application yang membolehkan saye belajar. Senang je, even sy langsung xde basic men alat music. Mungkin xdpt la 100% ilmu piano tu, tapi sedikit sebanyak dpt le juga maen lagu2 simple mcm theme x-file ke, james bond ke, naruto ke (haha).

Ade gak satu ketike tu, mase saye tgh makan pisang tetibe terfikir, "ape khasiat pisang yer?". Lalu, pantaslah jari-jemari ini mencari rahsia pisang di laman maya ini. Haa, seronok x? Just taip je apape yang terlintas difikiran anda. Mungkin di ketika ini anda rase, "emm, mcm nak makan eskrim la", tp dari just berfikir je nak makan eskrim knp tidak kite search asal-usul serta sejarah eskrim itu. Secara tidak langsung bertambahlah pengetahuan kite. Haaa, lagi satu. Dalam kite x sedar, youtube yang kite dok ari2 bukak utk tgk vdeo clip nyanyi2, vdeo bola or vdeo klaka tu pon boleh menjadi sumber ilmu pengetahuan. Byk perkare sy belajar dari youtube tu cthnye men piano, blaja melukis potret, menyelesaikan rubics cube dsb.

Belajar tu memang susah tapi kalau la direnungkan sedalam-dalamnye, sebenarnye ia menyeronokkan. Huh, macamane tu? Kalo kite belajar sesuatu dgn rase minat, xkan terase bosan atau letihnye. Dan x semestinye kalo kate belajar, mesti belajar sesuatu yang bersilibus. Penebar roti canai tu, mane ade tgk buku mase blaja tebar, tgk jer org buat, pastu bykkan praktis. Emmm, cube bayangkan satu hari nanti kalo umoq panjang, bila anda menoleh semula ke belakang, merenung hari2 yang telah berlalu tanpa sebarang pengisian yang bermanfaat, di mana anda sebenarnya berpeluang mengisinya dengan perkara2 berfaedah tetapi anda hanya menurutkan jiwa remaja bergembira semahunya, apakah perasaan anda? dan sekiranya timbul persoalan, "kenapa tidak aku melakukan ini dan itu dahulu?" apakah jawapan anda ketika itu?

Monday, May 18, 2009

Do Not Read Bermaksud Jangan Baca

Jangan baca artikel ini...



















Ikan itu tumbuhan hijau haha…

Haaa….bace jugak, kan? Dari kajian yang dibuat perkataan "jangan" itu mampu merangsang org untuk melakukan ape yg ‘dijangankan’ misalannye…
‘jangan pandang atas, ade biawak mati"
Mereke yg ternampak signboard bertulis sprt ini akan terus memandang ke arah yang ‘dijanganpandangkan’ tanpa berfikir panjang. Mereke cenderung melakukannye kerane mmg fitrah mnsia, bersifat…
ingin tahu

Ok…cukop, jgn bace lagi ape yang ade kat bawah nie!









Haa…bace jugak…xpe2, teruskan. Ini merupakan satu kajian yg dijalankan oleh professor dari t-heal research centre, canada. Ianya terbukti apabila kajian saintifik dibuat ke atas seribu org…
Kesemua mereke diberikan sebuah artikel bertajuk…"please, do not read it". Selepas seminggu apabila diminta jawapan jujur drpd mereke, 80% daripada mereke mengaku telah membacanya kerana ingin tahu artikel apakah itu dan k

enapa mereke dilarang drpd membacanya. 3 tidak membacanya kerana telah meninggal dunia dalam perjalanan pulang, so x sempat nak bace la. 11 lagi terlupe dimane mereke letakkan artikel itu ketike hendak pergi buang air besar di tandas. 6 lagi dimasukkan ke hospital kerana sakit cirit-birit mereke ini mengakui yg mereke hendak membacenye apabila lapang…

Enough…xyah la bace lagi…sebab msg kat bawah nie plak langsung x penting

















Dinasour mati karana cirit-birit akibat keracunan makanan…haha

Kan dah kate, anda mesti akan bace punye. Walaubagaimana pon, hanya situasi2 seperti itu saja yg akan mndorong mnsia melakukan ape yg ‘dijangankan’ iaitu…perkara yg mereke x tahu ape kesannye jike mereke melakukannye…

Sekiranya mereke tahu ape kesannye
seperti…
"jgn masuk ke dalam kandang ini, nanti kene sondol babi". Mereke pasti tidak melakukannye hehe

Ok dah la tu, jgn bace lagi!!!







Bace gak?
Lastly, msg ini bknla ditujukan pade sesiape atau ape-ape tapi ianya sengaja ditaip oleh professor itu sendiri kerana boring sebab x dapat tido pade waktu malam…hehe
till finger meet dan keyboard again
haha..jgn percaye sume ni!!!

Masyarakat Dan Anda...

"puuutt.."

Apa yg anda terfikir bile terdengar bunyi itu dtg dari bhgn belakang, bawah rakan anda (bhgn punggung la). Mesti anda rase kelakar dan nak sahaje menjerit,"oih, ko KENTUT ek!??? haha". Rakan anda dgn muke yg merah berase malu seraya berkata perlahan,"isy, jgn la jerit2, jatuh la saham aku, dah la ramai laki/pompuan(potong yg mane x berkenaan) kat sini"

Inilah realiti kehidupan, yg kentut akn rase malu, dan yg rakan pengentut akan rase kelaka. Tapi, sebenarnye perlukah si pengentut berasa malu atas fenomena fitrah/semulajadi(mana2 boleh diterima) yg terjadi kpd dirinya? Dan ape motif rakan pengentut berasa kelaka? Mungkin anda rase sy ingin bergurau dgn artikel ini, tp percayalah sebenarnye anda tidak perlu rasa malu utk kentut sebaliknya anda patut rasa bangga dan tidak perlu rase kelaka jika kawan anda kentut sebaliknya rasa kagum. Sedar atau tidak kentut sebenarnya memberi sumbangan besar pada ekonomi, politik, sistem perundangan, sistem pertahanan mahupun sistem pendidikan negara. Kentut tidak mengira kaum, usia, jantina mahupun taraf ekonomi seseorang. Semua kentut, dari jejaka pembuat tayar di johor bharu hinggalah presiden syarikat perkapalan haram di ulu bertam hilir melaka, semuanya tidak boleh lari dari kentut.

Bagaimana kentut memberi sumbangan2 besar itu? begini…
Pernahkah anda tahan kentut? Mesti pernah. Tahukah anda penahan kentut mendapat 25 peratus risiko utk sakit perut. 50 peratus dari sakit perut itu pula adalah sakit perut yang berpanjangan. 12.5 peratus dari pesakit perut berpanjangan itu biasenye pergi ke klinik, hospital, pondok bomoh, seven eleven atau rumah2 urut berdekatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Dan seramai 10 peratus dari mereka biasanya terpaksa juga pergi ke hospital kerana rawatan di pondok bomoh, urutan di rumah urut dan eno yg dibeli di seven eleven tidak berkesan.

persoalannya…
(sistem pendidikan) Adakah pelajar yg sakit perut kronik sebegini mampu menumpu perhatian dlm belajar?
(sistem pertanahan) Adakah tentera yg sakit perut sebegini mampu mempertahankan negara?
(ekonomi) Adakah pengusaha kedai kopi pak malik mampu meneruskan perniagaan dgn kesakitan t’sebut?
(politik) Adakah pengerusi persatuan wanita pembuat batik di melaka dpt mentadbir persatuannya dgn baik jika sakit berpanjangan?

Nah, lihatlah apa akan terjadi jika orang2 penting sedemikian sakit perut. Semestinya kucar-kacir negara makmur ini. jadi, sekarang adakah anda masih berasa malu? Tidak, buangkan perasaan itu, sebaliknya berbanggalah kerana anda mampu kentut. Bukankah kita masing2 telah dikurniakan punggung. So gunakanlah ia sepenuhnya. Janganlah kerana persepsi org lain, kita lalai dlm memanfaatkannya. Dan jangan pula kerana tanggapan negatif masyarakat, kita pura2 tiada punggung dgn menyembunyikan kentut itu.

Akhir kata, dapatlah disimpulkan bahwa, kentut dpt menjana ekonomi rumah tangga, ekonomi negara mahupun politik dunia. Oleh itu kentutlah kerana…
Sesungguhnya orang yang kentut adalah orang yang mulia.

Semua fakta dan statistik telah dibuat dan dibuktikan sendiri menerusi kajian terkini oleh professor kajian tindakan manusia dari T-Heal Research Centre(TheaRCEN) of Londang, German. Beliau telah disingkirkan oleh TheaRCEN cawangan Canada kerana kentut di kafe
berhampiran. Mulai detik itu beliau berazam utk mengubah persepsi masyarakat terhadap fenomena alam ini dgn membuat survey2 dan kajian2 yg seyes lg mendalam.

Sekarang, anda ade pilihan untuk mempercayai fakta ini atau tidak kerana semuanya tiada kaitan antara org yg hidup ataupun yg telah mati tp mungkin ade kaitan dgn org yg hidup tp
xnak mati2. have a nice day haha~

Wednesday, May 13, 2009

Siapakah Bin Laden?

Masih ingat lagi tak akan peristiwa 11 September di mana dalangnya dikatakan merupakan seorang penganut agama Islam bernama bin Laden? Bermulanya saat itu Islam dilabel sebagai agama pengganas oleh masyarakat barat dan dunia seterusnya menyaksikan 1001 macam konflik dan persengketaan akibat dari rentetan peristiwa tersebut. Benarkah bin Laden merupakan pejuang Islam? Atau lebih tepat, pejuang Islam yang hebat kerana sehingga kini beliau masih belum ditangkap?

Adakah sistem perisikan barat tidak cukup mantap untuk mengesan seorang individu? Sedangkan seorang bekas presiden yang bersembunyi di bawah tanah pun masih mampu dikesan dan ditangkap, bagaimana pula dengan pejuang yang seorang ini? Sememangnya penulis tidaklah mengharapkan penangkapan beliau, cuma atas sebab2 tertentu penulis menjadi agak keliru.. Mengapa jarang sekali kita dengar berita2 mengenai bin Laden baru2 ini? Selepas tercapainya matlamat barat meyakinkan dunia bahawa Islam adalah agama anti-kebebasan, berita2 tentang bin Laden hilang begitu sahaja, seolah-olah sengaja disenyapkan oleh pihak2 tertentu.

Maka tidak mustahillah bagi seseorang yang berfikir membuat andaian sebegini, "bin Laden bukanlah seorang pejuang yang wajar kita bangga2kan sebaliknya ikon ciptaan musuh Islam yang dicipta oleh barat dan dengan menggunakan kuasa media amerika menyalah dan menuduh die sbg dalang tragedi 11sept seterusnye, islam dicop sebagai agame pengganas dan lepas sume org percaye cite tu, osama bin laden ilang mcm tu je " Aneh, kan?

Wednesday, January 28, 2009

Adakah Anda Kaki Boikot?

alaa, boikot je sumenye. kalo nak piker mcm2, alamat lg teruk la masyrakt kt sane tu. payah sgt ke nak brenti makan mcdonald tu? boleh mati ke kalo x makan?

-ha'a, yer la tu, mkn sekali sekala je. ko ingat ko sorang je pikey mcmtu. org2 mcm ni la yg byk menyumbang kt dorang. kalo ko pikey mcmtu, si A pon pikey mcm tu, si B pon mcm tu. da jadi 3 org. kalo minah, ali, siti, karim, mail, joyah sume pike mcmtu? da brape org da? tu belom masuk limtat, rama, kanang dgn jemalau lg. kalo sume pikey mcmtu, alamatnye mmg makin tercekik la org2 kt sane. mcm la da xde nasik kt malaysia ni. kt pasa malam tu, ko hentam je la apape yg ade. mcm la mcD tu satu je kedai mkn yg ade.

lepas tu siap order coke, sprite lg. di manakah maruah air sirap dan air suam? ke mana hilangnya teh tarik dan kopi o? adakah air2 tersebut x mulia utk diminum. adakah kok dan seperait itu air terakhir yg ade di muka bumi?

pikir2kanlah..
ape lagi? nestle, starbuck, sunkist, danone, maggi. sume same je. mmg la kite simpati kt kwn2 yg keje kt kilang yg buat sume tu. tp mane kite lg simpati? kt pekerje2 yg kalo berenti keje pastu still ade peluang nak keje kt tmpat lain? atau nak simpati kat kanak2 yang sebelah tangan kakinye hancur lepas dibom tp still lg cube berdiri membaling batu dlm keadaan kepala, dada dan perut berdarah2?

mungkin kite kesian kt pekerje2 kilang2 tersebut yg ade anak2 kt umah, n kalo die brenti keje, sian kt anak2. tp mcmmane plak dgn ibu2 bapa2 yg siang dan malam risau je kalo2 jadi apape kt dorang, adakah anak mereke akan terus hidup utk meneruskan perjuangan kebebasan dan maruah agama? sbg seorang yg mampu berfikir dn menilai, yg mane kite lg kesiankn sebenarye?

penat dgn tugasan di tempat kerja, kita pon bercuti seketika. hajat di hati nak bawa keluarga bercuti. tp ke mana? ya, ke disneyland. kita abaikan cuti2 malaysia, kita abaikan melaka bersejarah, abaikan keindahan air trjun dan pantai2 di tanah tumpah darah kita..ntah di mana letaknya pemikiran kita. agaknya mungkin di dlm kocek seluar atau di dlm bonet kereta. sehinggakan kita xmampu menilai dan mengkaji latar belakang destinasi kita.

sudahlah.. lepas ini lupakan saja maybellin, l'oreal dan intel. tinggalkan kitkat, 20th century fox serta ibm juga arsenal fc.

bukankah kita ada kicap jalen, metrowealth dan minuman asli org kampung? adakah kita lupa kpada kerepek ubi kentang jugak set produk kecantikan d'puteh serta pasukan bola kita(haha)? dlm kita tidak sedar, kita memiliki hampir segalanya di sini. utk apa kita membntu meruntuhkan rumah mereka, menumpahkan darah pemuda2 mereka, memisahkan mereka dari anak2 mereka? ingatlah, sebesar rumah bermula dari sekecil bata. mungkin kite x sedar sekejam2 pembunuhan di sana mungkin ada kaitan dgn 10sen yg kita belanjakan...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...