Tuesday, July 20, 2010

Mencar

B***
S***
L******
L*****
F***
S***
P******

Itu bukan code morse mahupon password emel sesiapa tapi sebagian dari perkataan-perkataan yang orang kite gelarkan sebagai "mencarut". Kalau tak paham, tahniah. Anda bukan pencarut tegar. Tapi jika mengerti, mungkin kerana anda telah terdedah kepada perkataa-perkataan tu. Aku doakan korang tak aplikasikannya dalam kehidupan seharian baik secara lisan mahupun tulisan..

Okey, andai kate aku tak censor words tu..

"S*a* sungguh orang yang tgh bace blog ni!!!" (still kene censor gak, x sanggup nak taip)

Ape perasaan anda? Maybe geli hati sebab bunyinye macam aku tgh bergurau. Tapi macamane pula kalau sebenarnye aku memang betul-betul memaksudkannya? Memang aku nak kate macam tu kat korang. Sebab aku rase korang memang layak untuk disembur dgn ayat tu. Now, ape perasaannya? Marah? Kalau tak marah pon, mesti akan terlintas kat kepale masing-masing, "ape kene mamat ni?", "rilek-rilek dah la" dsb..

***

Mencarut sikit pon tak cool! Aku dah hidup hampir 19 tahun dan sejak aku sekolah rendah lagi, aku dah didedahkan dengan ayat-ayat carutan sebegitu. Mujur aku masih waras, even iman senipis kulit bawang, aku still sedar dan mampu membezakan antara baik dan buruk. Aku tak mengamalkan carut-mencarut ni.

Kenapa nak mencarut? Adakah sebab rase bengang sangat bile selalu fail exam, pastu kite mencarut? Atau bile lampoo tibe-tibe mati di saat-saat kite tengah bertungkus lumus menyiapkan assigmen yg deadlinenya esok? Atau bile kite tgh rush nak ke kelas sebab dah lambat sangat, then tetibe ade orang bawak motor laju-laju dan langgar lopak air sehingga tersimbah ke baju kite? Adakalanya kite melalui saat-saat getir sebegini dan rasa bengang yang amat, tapi adakah itu semua memberikan lesen untuk kita mencarut? Tidak..

Orang yang kuat adalah orang yang mampu bersabar ketika marah. Besar sangatkah musibah yang melanda sampaikan kita tak mampu nak bersabar? Tidakkah kita terfikir, apa kesannya bila kita mencarut-carut tatkala ditimpa kemalangan sebegitu? Setiap yang terjadi itu datangnya dari Allah, tidak kira bencana mahu pon rezeki. Andai kata kita memaki hamun tak tentu hala bila tertimpa musibah, samalah seperti kita menolak atau tidak menerima takdir. Bukankah percaya kepada qada' dan qadar itu salah satu dari rukun iman? Wajib beriman kepada semuanya. Keenam-enam sekali, satu pon xleh tinggal! Andai satu sahaja kita tolak..bagaimanakah iman kita?

Itu untuk kes orang marah-marah. Macamane pula dengan orang yang kuat mencarut, even waktu die tak marah? Sikit-sikit..ba**, sikit-sikit sebut si**. Habis semua orang die nak carutkan. Untuk kes macam ni, aku tak tau la aku nak komen ape. Maybe ade masalah dgn pusat percakapan di otaknya (aku hanya bersangka baik).

Jangan biasakan diri dengan mencarut. Maybe pada awalnya kita tak ada niat buruk, just mencarut sebab suka-suka, terpengaruh dgn orang. Tapi dalam kita tidak sedar, suka-suka kita tu mungkin akan menjadikan kita terbiasa. Mungkin satu hari nanti kerana telah terbiasa, kita pon pantang terkejut sikit, mesti akan tercarut. Asalkan marah sikit, tersembur kate-kate kesat. Tak elok la macam tu..

Ok, aku dah luahkan apa yang aku nak luah. Andai kata ada yang terfikir..

"Ini mulut aku, suka hati la aku nak sebut ape!"
"Ini blog aku, suka hati la aku nak taip ape!"
"Aku tak penah carut kat kau, yang kau sebuk jage tepi kain aku kenape!?"

Ya, benar. Itu mulut anda. Bukan mulut aku. Itu blog anda, bukan blog aku. Tapi renung-renungkan la sekejap, setiap yang kite kerjakan bakal ditanyakan nanti. Lidah akan menjadi saksi. Jari akan menjadi saksi. Dan Hakimnya? Tentulah Allah Yang Maha Mengetahui..
[50:17-18]

Post ini tidak akan mengubah apa-apa pun, sebaliknya...diri sendirilah yang menentukan ke mana hala tuju masing-masing.. 
[13:11]



- Sekadar Luahan -

2 comments:

senyum said...

hampir 19 tahun?

Asip Hussin said...

hurmm..yer. anda tidak salah membacanya~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...