Saturday, October 29, 2011

Kau Pilihlah


    Memang.. hati ini tak akan tenang selagi kita berhutang dengan orang lain. Melainkan kalau kita ni seorang yang hati kering, tak kisah dosa pahala.. so, memang tak kesah la dengan hutang.

    Sama juga kalau orang berhutang dengan kita. Selagi dia tak bayar, selagi tu kita rasa tak tenang. Melainkan kita seorang yang pemurah atau seorang yang memahami.. maybe kita tak kesah.

    Samalah juga kalau kita berkelahi. Setiap hari rasa macam ada sesuatu yang kurang dalam diri kita. Walaupun rasa macam tenang, aman.. tapi rasa kekosongan tu tetap ada. Adakalanya bergaduh itu tidak dapat dielakkan. Tetapi berdamai itu satu pilihan. Contoh terbaik.. nah.. semua orang tahu kisah nabi kita. Bagaimana baginda memaafkan orang yang membaling batu kepadanya meskipun malaikat menawarkan untuk menghempap mereka dengan gunung, bagaimana baginda memaafkan wanita yahudi yang membenci dan mengkhianatinya, malah baginda melayani wanita itu dengan baik ketika dia sakit sehingga terbuka hatinya untuk menerima Islam..

    Benar, kita bukan nabi. Nabi kita tak pernah suruh kita jadi nabi, tapi nabi suruh ikut sunnahnya. Meneladani sirahnya. Susah ke? Atau tak pernah cuba? Cuba la duluuu. Kita tidak akan gagal sebelum mencuba.


    Ego? Aku sendiri ada ego. Tapi aku yang mengawal ego aku, bukan sebaliknya. Marah? Semua orang marah. Tak salah pun nak marah. Marah la. Tapi ingat, nabi pernah pesan.. kuatnya seseorang itu bukan terletak pada tenaganya, tapi pada kemampuan dia menahan marah.

    Memang la boleh tahan marah. Tapi kalau lama-lama ditahan dipendam.. ianya akan jadi barah, semakin hari semakin parah. Kita tak sedar yang kita dah pun jadi seorang pendendam, amarah, berburuk sangka dsb. Kalau tak percaya, try la benci seseorang. Once kau dah setkan dia sebagai musuh kau, orang yang kau benci.. apa sahaja yang dia buat, kau akan meluat. Apa sahaja yang dia kata, buat kau panas. Mendengar mengenainya sahaja sudah cukup membuatkan kau terbakar. Hati kau tak tenang. Sedangkan ciri-ciri orang beriman itu adalah tenang..

    Kau kata kau tak marah, tetapi selagi mana kau ada perasaan macamtu, jangan la nak menipu diri sendiri. Marah itu untuk dikawal. Jika mampu, lepaskan dengan baik. Bukan untuk dipendam.

    Percaya la.. once kau dah maafkan musuh kau, dunia kau akan lebih cerah, hati kau lebih tenang, jiwa kau lebih tenteram.. But first.. maafkan diri sendiri dahulu.. Kau takkan mampu memaafkan sesiapa jika kau tak maafkan diri sendiri dahulu.. Percayalah, kita adalah sebaik-baik umat yang dipilih. So, buktikan la..

Dan..
Jika tulisan ini  dianggap sebagai sindiran, ia akan menjadi sindiran
Jika dianggap kritikan, ia akan menjadi kritikan
Jika dianggap teguran, ia akan menjadi teguran..
Tapi, jika ia dirasakan nasihat, maka nasihat la ia.

Ia tidak membawa apa-apa makna melainkan dari apa yang kita rasa.

2 comments:

orkeD said...

macam mana nak maafkan orang and lepas tu mcm dah taknak ingat dah apa orang tu buat dekat kita?

Asip Hussin said...

cube pura-pura hilang ingatan hehe. sibukkan la diri dengan fikir perkara lain, nanti lama-lama lupa la tu. lupa terus, mustahil unless kepala terhantuk dan hilang ingatan. tapi adapt dan biasakan diri tu possible.

semua orang tak suka bau busuk, tapi cuba bygkan, macamana boleh ada orang yang kerja angkat2 sampah?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...