Friday, October 15, 2010

Ikan

    Bila orang lain lapar, dia kasi makanan dia. Kalau dah tiada apa nak kasi, dia tolong orang tu cari makanan sama-sama. Sampaikan semua orang rasa terhutang budi dengan dia. Tapi bila dia lapar, takde seorang pon yang tahu. Dia diamkan je sebab taknak susahkan orang lain. Selfishkah dia?

    Bila orang lain ada masalah, dia sangat rajin nak tolong. Tak kira la masalah besar atau kecil, masalah tu selesai atau tidak, dia tetap nak tolong. Sehinggakan semua orang rasa dihargai olehnya. Tapi bila dia dalam kesusahan, tak siapa pon boleh tolong dia sebab dia tak pernah nak bagitau. Katanya, "aku tak mahu bebankan orang lain". Selfishkah dia?

    Bila orang lain tak sihat, dia datang melawat. Bila orang haus, dia kasi air. Bila orang sedih dia tawarkan bahunya untuk menenangkan. Bila orang marah, dia pujuk. Dan bila dia gembira..dia kongsi ke semua orang, dan semua orang turut gembira.

    Tapi bila dia sakit, bila dia kekeringan, bila dia rasa macam dah tak boleh nak go on, bila dia dapat musibah yang membuatkan dia tak dapat tidur malam... dia langsung tak bagitau sesiapa. Dia tak nak orang lain kongsi kesulitan yang dihadapinya, tak nak susahkan siapa-siapa. Problem orang, problem dia. Tapi bile problem dia, hanya problem dia.

Sampaikan bila dia dah nak pergi pon, takde siapa yang tahu apa masalah dia.
Selfishkah dia???

Memang ada orang yang macam ni dalam dunia ni. Dan aku rasa dia sangat selfish..

3 comments:

Anonymous said...

dia x selfish la!!

Epal Hijau Masam said...

btoll..dia bukan selfish..
jawapannya?
ada kt setiap perenggan yg ko tulis~

Asip Hussin said...

aku rase dia selfish sebab dia tak nak kongsi apa masalah dia.

org yg ikhlas nak tolong kite, xkan penah rase terbeban. die sgt selfish sebab x kasi org tlg die.

die tlg org boleh tp x kasi org balas kebaikan die dengan kebaikan yg same. sgt selfish.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...