Friday, October 8, 2010

Kau Tak Patut Tahu

(Amaran: post berbelit dan fishy)

    Ia bukan sesuatu topik yang boleh aku bicarakan dengan sewenangnya. Ia mengenai kesilapan, kecuaian serta kekhilafan aku. Dan apabila menyentuh mengenai kekhilafan ini, biarlah hanya Allah yang tahu. Aku masih waras, aku tahu di mana seharusnya dan sepatutnya aku letakkan maluku.

    Antara tanda-tanda kiamat terjadi adalah apabila manusia tidak lagi merasakan malu dengan dosa yang dilakukannya. Mereka bercerita kepada umum dan berbangga dengannya. Aku tak mahu termasuk dalam golongan sebegitu. Aku malu untuk mengakui dan menceritakannya, walaupun aku mati hidup semula...

    Namun bila aku diajukan dengan pertanyaan sebegitu, apa sahaja pilihan yang aku ada? Jika aku mengiakannya, bererti aku telah membuka pekung di dada sendiri. Jika aku menafikannya, aku telah melakukan penipuan. Cukuplah dengan dosa yang ada, aku tidak mahu menambah yang baru. Dan sekiranya aku mendiamkan diri, serta merta mereka akan mengetahuinya.. Mereka langsung tidak memberikan aku sebarang pilihan.

    Aku tak tahu bagaimana aku nak berhadapan dengannya lagi. Terlalu banyak yang telah dia ketahui, mungkin sebab kecuaian aku sendiri. Terlalu banyak mengarut dan berkata yang sia-sia. Ini baru di dunia, baru beberapa orang yang tahu, malunya sudah sebegini rupa. Bagaimanakah pula nasibku di Hari Akhir kelak bila ianya dipertontonkan kepada seluruh umat manusia?

Harus berhenti merepek..



P.S: Post ini ditujukan kepada seseorang yang mengetahui. You know what.. aku malu dengan kau.. kau tak sepatutnye tahu..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...