Friday, October 15, 2010

Ikan

    Bila orang lain lapar, dia kasi makanan dia. Kalau dah tiada apa nak kasi, dia tolong orang tu cari makanan sama-sama. Sampaikan semua orang rasa terhutang budi dengan dia. Tapi bila dia lapar, takde seorang pon yang tahu. Dia diamkan je sebab taknak susahkan orang lain. Selfishkah dia?

    Bila orang lain ada masalah, dia sangat rajin nak tolong. Tak kira la masalah besar atau kecil, masalah tu selesai atau tidak, dia tetap nak tolong. Sehinggakan semua orang rasa dihargai olehnya. Tapi bila dia dalam kesusahan, tak siapa pon boleh tolong dia sebab dia tak pernah nak bagitau. Katanya, "aku tak mahu bebankan orang lain". Selfishkah dia?

    Bila orang lain tak sihat, dia datang melawat. Bila orang haus, dia kasi air. Bila orang sedih dia tawarkan bahunya untuk menenangkan. Bila orang marah, dia pujuk. Dan bila dia gembira..dia kongsi ke semua orang, dan semua orang turut gembira.

    Tapi bila dia sakit, bila dia kekeringan, bila dia rasa macam dah tak boleh nak go on, bila dia dapat musibah yang membuatkan dia tak dapat tidur malam... dia langsung tak bagitau sesiapa. Dia tak nak orang lain kongsi kesulitan yang dihadapinya, tak nak susahkan siapa-siapa. Problem orang, problem dia. Tapi bile problem dia, hanya problem dia.

Sampaikan bila dia dah nak pergi pon, takde siapa yang tahu apa masalah dia.
Selfishkah dia???

Memang ada orang yang macam ni dalam dunia ni. Dan aku rasa dia sangat selfish..

Monday, October 11, 2010

1010101010101010

10 Oktober 2010? 10.10.10? Apa yang istimewa sangat???

    Aku rasa 101010 tu tak lebih dari sebuah tarikh. Biasa, nothing special, sama macam tarikh-tarikh lain. Bezanya cuma susunan haribulan, bulan dan tahunnya sahaja. Jadi aku rasa sangat-sangat pelik bila ada orang kata tarikh ni tarikh keramat.

    Kisahnya, aku check kat list YM aku, ada sorang kawan ni letak link ke sebuah blog yang mengisahkan tentang kemalangan bas yang mengerikan. Tajuk blog itu adalah AmazingNara: Hilangkan Stress Anda Sekelip Mata... Dan dia letak gambar orang kena gilis.

    Cerita tentang kemalangan ni semua dah selalu sangat aku dengar, baca dan lihat. Alami sendiri tu jarang-jarang. Pernahlah juga lihat orang eksiden moto, helmet pecah depan mata. Tapi tak teruk sebab dia masih boleh marah-marah kat orang yang terlanggar dia. Or tentang seorang kawan yang buka pintu teksi sewaktu ada motor memotong di kiri. Ngam-ngam je dia bukak, motor pon lalu. Tercampak seketika penunggang motor tersebut. Tapi itu pon tidak teruk juga..

    Back to the main topic. Pasal 101010. Disebabkan dah terbiasa lihat gambar-gambar sebegitu, aku pon skip je ke kotak komen terus. Ada satu komen ni menarik perhatian aku. 

"disaat ada yang begitu teruja & bergembira dgn tarikh keramat 10.10.10..ada juga insan yg meratapi kesedihan kehilangan org yang tersyg..Al Fatihah.." -sape tah-

    Tarikh keramat??? Apakah????? Come on la.. Tak perlu la semua benda nak "dikeramatkan". Bila nampak asap keluar dari kubur, terus claim kubur tu ada keramat. Mana la tau ada orang baru lepas bersihkan kubur ke dan kebetulan kertas surat khabar yang terbakar tu terbang ditiup angin ke salah satu kubur. Periksa la dulu.. Dengar pakcik tu hidup sampai 120 tahun, "pakcik tu keramat". Bila ada pokok pisang buahnya tumbuh di pangkal, "pokok pisang keramat", Bila roti canai tak basi-basi walaupun sebulan terbiar, "roti keramat". Alahai....

    Dalam kes ni, bila nampak tarikh lawa sikit, 010101, 020202, 030303, 101010 "ni tarikh keramat ni". Kenapa ada yang taksub sangat?? Tarikh je laaaa.. Dan lagi, dalam Islam ada beberapa je tarikh yang boleh diraikan misalnya tarikh raya puasa dan tarikh raya haji. Tapi ada juga yang gatal nak ikut orang kapir tu sambut 14 Feb, 1 April dsb. Then itu pun tak puas hati jugak. Buat tarikh lain 101010 misalnya dan kata tu tarikh yg keramat.. Adoyai..

    Aku tau benda ni kecil je, aku je yg besar-besarkan. Tapi bila ianya mungkin boleh menyebabkan keterpesongan akidah.. misalnya percaya kepada yang bukan-bukan, aku rasa itu dah cukup besar untuk dijadikan isu..

    Kadang-kadang aku terasa agak ngilu gegendang telinga juga bila ditanyakan pada seseorang, "kenapa nak kawen tarikh 121212?" dan dia jawab, "tarikh keramat~". What the ikan???? Kalau dia kata tarikh lawa ke, senang nak ingat ke, sebab time cuti sekolah ke.. Maybe acceptable la jugak...

Friday, October 8, 2010

Kau Tak Patut Tahu

(Amaran: post berbelit dan fishy)

    Ia bukan sesuatu topik yang boleh aku bicarakan dengan sewenangnya. Ia mengenai kesilapan, kecuaian serta kekhilafan aku. Dan apabila menyentuh mengenai kekhilafan ini, biarlah hanya Allah yang tahu. Aku masih waras, aku tahu di mana seharusnya dan sepatutnya aku letakkan maluku.

    Antara tanda-tanda kiamat terjadi adalah apabila manusia tidak lagi merasakan malu dengan dosa yang dilakukannya. Mereka bercerita kepada umum dan berbangga dengannya. Aku tak mahu termasuk dalam golongan sebegitu. Aku malu untuk mengakui dan menceritakannya, walaupun aku mati hidup semula...

    Namun bila aku diajukan dengan pertanyaan sebegitu, apa sahaja pilihan yang aku ada? Jika aku mengiakannya, bererti aku telah membuka pekung di dada sendiri. Jika aku menafikannya, aku telah melakukan penipuan. Cukuplah dengan dosa yang ada, aku tidak mahu menambah yang baru. Dan sekiranya aku mendiamkan diri, serta merta mereka akan mengetahuinya.. Mereka langsung tidak memberikan aku sebarang pilihan.

    Aku tak tahu bagaimana aku nak berhadapan dengannya lagi. Terlalu banyak yang telah dia ketahui, mungkin sebab kecuaian aku sendiri. Terlalu banyak mengarut dan berkata yang sia-sia. Ini baru di dunia, baru beberapa orang yang tahu, malunya sudah sebegini rupa. Bagaimanakah pula nasibku di Hari Akhir kelak bila ianya dipertontonkan kepada seluruh umat manusia?

Harus berhenti merepek..



P.S: Post ini ditujukan kepada seseorang yang mengetahui. You know what.. aku malu dengan kau.. kau tak sepatutnye tahu..

Tuesday, October 5, 2010

Daun Maple

    Aku tak suka tengok movie yang best sebab setiap kali lepas tengok, mesti rasa menyesal. Waktu kali pertama tengok, rasa macam best gilak, tapi bila tengok untuk kali kedua, rasa bosan sebab dah tau macamana jalan cerita dia. Aku akan menyesal sebab telah merasa best dan lepas tu tak dapat nak rasa best lagi dah. Kenapa mesti macamtu? Kan best kalau setiap kali tengok pon adalah kali pertama tengok..

    Drama pon tak suka jugak sebab bila dah start tengok, mesti rasa eager nak tau macamana kesudahannya. Lepas tu aku akan keep tengok dan tengok sampai la ke episod akhir. Bila dah abes, mesti rasa sedey gila sebab rasa best masa tengok drama tu cuman terhenti di situ. Tak boleh nak rasa best lagi dah. Kan best kalau ada drama yang takde ending.. atau pon ending dia tergantung sebab director pergi vacation. Dalam erti kata lain, endingnya ada tapi takde.

    Lagu pon tak best jugak! Sebab kebanyakan lagu cuma 4,5 menit. Paling lama pon 10 menit, itu pon jarang, seratus tahun sekali. Lagu yang best memang la best, tapi disebabkan cuma sekejap je die nyanyi, rasa best pon cume sekejap. Boleh je kalau nak ulang balik tapi bosan la sebab dah tau mcmane lagunye.

    Kenapa semua yang aku suka mesti ada kesudahannya? Yer, aku tau takda apa yang kekal. Once kite mulakan sesuatu, suka atau tidak kita kena bersedia untuk menghadapi penamatnya. Kalau tak suka dengan ending, jangan start. Itu memang lumrah..

    Macamana pun aku rase aku silap. Actually kita bukan memulakan sesuatu untuk kita bersedih atas penamatnya. Of course la kita takkan selamanya rasa best sebab apa yang kita rasakan best tu pasti akan berakhir satu hari nanti. Tapi sebenarnya kita mulakan sesuatu untuk kita nikmati apa yang ada di antara dua titik tersebut. The joy, the pain, the fury, the sorrow. Kita takkan rasa semua ni sebelum kita mulakan sesuatu. Dan bila dah tamat sesuatu itu, kita takkan mampu nak rasa lagi semua-semua itu. Padahal semua-semua itulah yang menghidupkan kehidupan kita. Feeling. Kalau tiada feeling, kita hiduplah macam robot.. no life, just ikut je arahan tanpa tahu untuk apa, untuk siapa, kenapa dan mengapa..

Jadi.. aku tak seharusnya mengelak dari memulakan sesuatu biarpun aku tahu aku akan bersedih bila tiba penamatnya nanti. Karena apa yang ada di antaranya itu adalah lebih bernilai kepada kehidupan aku.

Kesimpulannya...

(adoyai, nak tengok movie tu tgk je la.. perlu ke tulis panjang2 mcmni???)



mendalamnyer~

Tuesday, September 21, 2010

Kadang-Kadang Aku Rasa Hairan

    
    Alhamdulillah, aku dah selamat tiba di negara kontroversi ni. Sikit-sikit nak gaduh. Jentik sikit tak boleh, cubit sikit emo. Bakar kain, baling jamban. Itu nak claim, ini nak claim. Agaknya tahun 2020 nanti, tembok besar cine pon dorang nak claim dorang punye..

    Suasana di sini masih sama seperti tiga minggu lalu sewaktu aku meninggalkannya. Sungainya masih lagi hitam. Lapangan terbang berhawa dinginnya sentiasa berbau asap rokok. Masyarakatnya masih meludah merata-rata. Jalan untuk aku ke kelas sentiasa basah, penuh dengan lecak-lecak yang berpunca dari jejeran air lori sampah.

    Tidak mengapa. Aku di sini hanya sebagai perantau. Sampai masanya, aku akan pulang. Dan takkan kembali lagi..

***

    Masa aku jemaah tadi, aku perasaan budak kecik sebelah aku tengah tahan kentut. Sebab dia gelisah semacam je. Lepas tu ada gigil-gigil macam tengah berusaha menutup pusat pengeluaran anginnya. Aku tau sebab mase kecik-kecik dulu aku pon selalu macamtu. 

    So, pengajarannya adalah, jangan tahan kentut masa solat sebab nanti orang kat sebelah kau solat tak khusyuk sebab dia terfikir yang kau sedang tahan kentut.

***

Kadang-kadang aku hairan bila ada orang kata macam ini,
"Yeay, esok takde kelas, malam ni boleh tido lambat"
Apa maksudnya? Bukankah sama sahaja ada kelas atau tidak? Kita still wajib bangun pagi untuk solat subuh. Adakah mereka yang kata macam tu semuanye merancang untuk tidur lambat, then bangun lambat dan pastu tinggalkan solat subuh?

Aku jugak pelik bila orang kata macam ni,
"Tudung? Nanti la, bila sampai masanya saya akan pakai"
Masanya dah lama sampai. Kalau dihitung-hitung, anda sebenarnya dah terlewat 1431 tahun (dan lebih) untuk bertudung. Patutnya anda dah bertudung 1400 tahun yang lalu. Sejak perintahnya diturunkan. Kalau tak percaya, rujuk [24:31] dan [33:59]. Takkan la aku nak tipu pulak..

    Kenapa suka tunggu saat-saat akhir. Bila senang, time ada banyak waktu free, kita sia-siakan. Main game, tengok movie, shopping sana sini dsb. Then bila dah sampai detik terakhir, baru la nak all out. Sampai ada yang tak tidur malam. Alasannya.. "awal-awal ni mood tu tak ada lagi. Lagipun masa banyak lagi..". Kalau macamtu tak ape la.

Tapi kenapa bila dah hujung-hujung nanti dia kata "menyesalnye aku tak buat awal-awal dulu.."




PS: Haaa, kan dah kene marah. Hik hik hik~

Thursday, September 16, 2010

Aku Bukan Begitu..

Lebih dari 4.3 juta rakyat berumur 21 tahun ke atas belum daftar mengundi!
Belum daftar bererti tak boleh mengundi.
Satu undi boleh mengubah segala-galanya.
Tapi tak ramai yang nak ambil kisah sume tu...

Aku pernah jumpa sorang ni, bile aku citer pasal daftar mengundi, dengan eksyennye die kate "nak buat ape daftar, politik-politik ni sume merepek je. Aku tak nak mengundi!"

Agak menyirap jugak la aku dengar. Tapi takpe la, die belum cukup umur, fikiran still level kanak-kanak alip-ba-ta lagi.. Maybe bile die naik 21 die paham kot.

    Ape la yang susah sangat. Bile dah cukup umur, pergi je pusat pendaftaran. Bile tibe hari pilihanraya, pangkah je. Tapi make sure pangkah yang betul la. Kalau rase-rase nak try rase macamane kaum lain tadbir negare, cube la pangkah parti tu. Mane la tau negare kite jadi mcm singapore ke di mana kaum melayu tu macam terpinggir je.

    Memang betul kite harus pilih pemimpin yang baik. Tapi ade je pemimpin yang kurang berwibawa walaupun parti politiknya disertainya boleh dipercayai. So, dalam kes ni mane kite perlu utamakan? Parti atau pemimpin? Terpulanglah kepada masing-masing untuk fikir. Aku ade jawapan aku sendiri.

    Kenapa aku bersungguh-sungguh sangat ni? Sebab aku khuatir, andaikata dalam 4.3 juta tu kebanyakannye orang melayu, ertinye pangundi dari bangsa melayu kurang la kan? Dalam kata lain, pengundi dari kaum lain lebih ramai la kan? Ini juga membawa maksud, kalau pilihanraya datang lagi... tak mustahil negara jatuh ke tangan orang lain, kan?

    Kalau orang lain ambil negara kita, takde masalah kot. Mungkin sekolah berasrama penuh hanye 5% je tempat utk orang melayu. Mungkin pegawai kerajaan 99% dari bangsa lain. Mungkin tiada lagi pelajar melayu berpeluang belajar di luar negara sebab semua dana disalurkan kepada pelajar mereka. Mungkin di hospital, pesakit biasa mereka lebih diutamakan dari pesakit kecemasan kita. Kadar tol naik 100%. Rumah-rumah kecil dirobohkan untuk dibina rumah-rumah besar. Dan semestinya tak ramai antara kita yang boleh beli rumah tu. Sama ada terlalu mahal, atau quota perumahan tu 100% untuk mereka sahaja. 0% untuk kita.

    Ini semua hanya kemungkinan. Maksudnye, mungkin terjadi dan mungkin tak terjadi. 50-50. Persoalannya, adakah kita nak ambil risiko tu? Berbanding kalau kita pilih untuk tidak memilih mereka, pasti peluang untuk terjadi tu 0%, kan?

Adakah aku racist? 

    Aku gembira dengan kepelbagaian kaum di negara kita. Pergi mana-mana tiada sikit pun rasa terancam. Aku bebas membeli belah bersama mereka. Bebas belajar dengan mereka. Seronok bila berbual dengan mereka. Kalau negara ni kita punya, kita masih ada peluang untuk buat program-program seperti bersatu teguh bercerai roboh, 1Malaysia, muafakat bangsa dsb. Sebab ini negara kita maka kita boleh mencorakkannya sedemikian. Aku yakin kita takkan tergamak untuk ketepikan mereka setelah sekian lama kita hidup aman dan makmur bersama. Tapi jika negara ini jadi negara mereka, adakah sesiapa di antara kita yang boleh beri jaminan kepada aku bahawa mereka akan berfikiran macam tu?

Adakah aku still racist sebab tidak sudi memilih mereka?
Ataukah anda yang racist kepada bangsa sendiri kerana langsung tidak ambil kisah akan semua ini?


*****

    Jika anda kata politik tidak penting.. kenangkan semula apa yang Nabi kita buat sebaik sahaja tiba di Madinah. Buat sekolah? Mantapkan ekonomi? Kukuhkan pertahanan? Tidak. Baginda tubuhkan Piagam Madinah terlebih dahulu. Itu bukan politikkah?

Adakah masih anggap politik tidak penting?



Akhir kata, silalah daftar sebagai pengundi. Tahun depan mungkin ada pilihanraya lagi..

Ini bukan hiburan untuk digelakketawakan..

Monday, September 13, 2010

Kisah Sabun Pelakon Hindustan

(Awas, post panjang yang merepek! Risiko jika pembacaan dilakukan: kebosanan dan mengantuk)

    Kadang-kala aku rasa hairan dengan iklan shampoo, sabun, pencuci muka, bedak dsb. Dalam iklan-iklan tersebut, penerbit mengambil selebriti terkenal yang wajahnya sememangnya putih berseri, kacak, cantik, rambut lembut serta wajah yang bersih tanpa jerawat.

Apa pointnya???

    Mereka diambil untuk mempromosikan produk kecantikan kerana mereka memang sudah cantik? Kalau begitu buat apa kita beli produk-produk tersebut sebab produk itu hanya untuk mereka yang memang sedia kala cantik, ya dak?

    Bila Aisywarya diambil berlakon dalam iklan sabun misalnya, kemudian dalam iklan tu dia kata, "untuk menjadikan kulit lembut, gunalah Lax". Ok, apa yang aku cuba sampaikan adalah, siapa di sini yang pernah lihat Aisywarya berkulit kasar? Sebab iklan tu kata untuk jadikan kulit lembut. Maknanya sebelum jadi lembut, haruslah kasar dulu, kan? Kenapa tak ambil orang yang berkulit kasar lepas tu buktikan dalam iklan tu bahawa orang itu boleh berkulit halus dengan menggunakan produk itu? Atau.. adakah sabun itu memang untuk orang berkulit lembut seperti Aisywarya sahaja. So siapa yang kulit macam kulit nangka tak payah beli...

    Kemudian iklan shampoo pon macam tu jugak. Dah memang seleb tu rambut dia lurus dan cantik, maka kalau tak pakai shampoo tersebut pon still cantik la jugak, kan? Ni tak, pengarah iklan gunakan dia dalam iklan kononnya shampoo tu yang buat rambut dia lawa. Masyarakat pula terpengaruh dengan iklan tu sebab artis kegemaran mereka berlakon dalam iklan tu. Mereka beli dengan tujuan nak rambut cantik macam artis tu walaupon masing-masing tahu artis tu memang sedia kala berambut lawa. Untuk apa???

    Artis tu memang dah kacak lawa. Dan dia cuma ambil upah berlakon dalam iklan sebab kelebihan yang dia ada. Bukan sebab produk tu buat dia lawa lepas tu dia berlakon iklan. Aku rasa anda paham apa maksud aku (even aku sendiri rase macam terbelit-belit).

    Then ada pulak iklan di mana penerbitnya konon-konon cuba membuktikan bahawa shampoonya berkesan. Dipaparkan seorang wanita berbaring kemudian rambutnya ditarik lalu jari tersekat sebab rambut wanita tu kusut. Lepas guna shampoo, rambutnya tidak lagi tersekat bila ditarik. 

Apa yang aku faham di sini? 
Semasa menonton iklan sebegini, aku 100% yakin bahawa rambut lurus itu adalah rambut asal wanita tersebut. Kemudian penerbit mengusutkan rambut itu lalu membuat claim bahawa "ini adalah rambut sebelum guna shampoo". Lepas paparan mandi ditayangkan dan rambut jadi lurus, penerbit kata "rambut lurus setelah guna shampoo" padahal itu adalah rambut asal wanita tu, bukan rambut hasil shampoo. Faham tak ape aku kate?

    By the way, aku bukan marah or tak puas hati. Ikut suka siapa-siapa la nak guna apa-apa pun bila-bila masa di mana-mana jua. Aku just pelik je. Kenapa walaupun kita tahu tapi kita buat-buat tidak kisah dan terus membiarkan diri tertipu dalam penipuan itu?

    Aku rasa kalau penerbit iklan tu ambil orang huduh, berambut dawai dan berkulit biawak berlakon iklan, mungkin ambil masa yang lama kot untuk jadikan mereka lawa bagi membuktikan produk mereka benar-benar berkesan. Jadi, sebab tu ambil artis yang dah sedia ada lawa, kan? Mudah, cepat, asli..

Nasib la. Rezeki masing-masing..

    Aku bukan apa, aku dah guna macam-macam produk (bukan sebab terpengaruh dgn seleb yang mandi separuh bawgel gune shampoo sunsilk or sabun lux), tapi hasilnya tetap sama tidak berubah. Jadi aku tertanya-tanya la, adakah aku ditipu?

    Adakah aku boleh jadi kacak macam artis itu dengan menggunakan produk itu? Atau adakah aku harus jadi artis yang berwajah kacak, berkulit halus dan berambut panjang dulu sebelum guna produk tu? Yang mana satu dulu ni....?

Peliknya...


(573 patah perkataan tidak termasuk ayat ini)

Thursday, September 9, 2010

Pendengar Setia

Aku rasa macam freak sebab kerap sangat buat post baru kat blog. Macam sudah tidak ada kerja lain. Lagi-lagi bila esok nak raya, patutnya pergilah tolong mak masak rendang ke, kemas rumah ke, load kuih masuk telap ke.. Ni tak, blog blog, blog. 

Biar pun dulu aku pernah baca pendapat peribadi dari seseorang ni yang berbunyi lebih kurang..

"aku takde la nak update blog hari-hari, macam freak je"

..tapi aku tak kisah. Banyak benda aku mahu ceritakan.

*****

    Saya (lebih sopan) agak terkilan dengan sesetengah blogger yang letak muzik dalam blog dia. Mungkin dia rasa gembira sebab blog dia lawa, ceria, ada bling-bling, meriah dsb tapi adakah semua pembacanya rasa sedemikian? Kalau ikut undang-undang perblogan, tiada masalah kalau nak letak hiasan apa sekali pun, tapi timbang rasa la sedikit pada orang yang mahu baca.

    Mungkin dia beranggapan.. "blog aku, suka hati aku la". Okey, saya mengalah. Saya cuma terasa je, bukan niat nak tegur dan memperbetulkan sebab apa yang mereka buat tu sikit pon tak salah. Cuma saya sahaja yang rasa terganggu.

    Pada saya kalau nak letak lagu tu tiada masalah, tapi kalau boleh pilih la music player atau widget music yang boleh di-pause-kan lagunya. Bukan apa, andai kata ada pembaca yang kurang senang dengan lagu tu tapi berkeras nak baca sebab cerita anda menarik, dia boleh la pause-kan lagu tu buat sementara.

    Biasanya untuk pembaca yang mudah terganggu ni, mereka akan me-mute-kan laptop/komputer mereka bila membuka blog-blog yang mempunyai muzik yang tidak dapat dihentikan. Akibatnya, ia akan menyukarkan pembaca tersebut menikmati lagu kegemarannya (dari laptop sendiri) lantaran tindakan me-mute-kan itu.

    Tambah memburukkan keadaan, sekiranya blogger itu memuatkan klip-klip video dalam blog mereka, bagaimana pembaca boleh menumpukan perhatian pada video tersebut sekiranya lagu tersebut tidak dapat dihentikan? Mungkin lagu itu boleh "disenyapkan" dengan me-mute-kan laptop tapi bagaimana pula dengan video tersebut? Mampukah dia mendengar apa yang terbit dari video itu setelah mute dilakukan?

    Saya sering menjelajah dari satu blog ke satu blog dan bertindak sebagai silent reader sahaja kerana masih belum bercadang mahu "mengkomersialkan" blog saya. Kebanyakan kisah yang saya muatkan di blog ini terlalu kurang pengisiannya dengan ilmu dan moral. Jadi, untuk menayangkannya kepada seluruh dunia, mungkin belum tiba masanya. Mungkin beberapa tahun lagi. Selepas sudah bekerja mungkin..

    Di sepanjang pengembaraan itu, saya kerap menemukan blog-blog seperti itu, yang diselitkan unsur-unsur yang mengganggu tumpuan membaca. Setiap orang ada misinya yang tersendiri sewaktu memutuskan untuk menjadi blogger. Ada yang mahu mengembangkan sinar Islam, alhamdulillah, menceritakan pengalaman diri, berkongsi ilmu mahupun sekadar meluahkan rasa tidak puas hati.

    Namun, walau apa jua tujuan anda, sekiranya anda benar-benar mahukan blog anda dibaca oleh segenap lapisan masyarakat, kenapa tidak mengambil blog-blog lain yang mempunyai reputasi sebagai contoh? Atau adakah anda sebenarnya hanya mahu menulis untuk diri sendiri (diari)...?


Salam terakhir buat ramadhan ini. Adakah peluang untuk kita bertemu kembali?
Selamat meneruskan ibadah puasa pada saat-saat terakhir ramadhan ini
Selamat berbuka, mudah-mudahan diberkati..
Selamat hari raya, maaf zahir batin~
30 Ramadhan 1431...
6:40PM
-Hasif Hussin-
Melaka

Zahirah dan Tok Batin..


"Sempena hari baik Hari Raya, aku nak minta maaf pada kau, dari hujung rambut sampai hujung kaki. Andai ada terkasar bahasa, tersalah tersilap di mana-mana, ampun maaf ku pinta. Halalkan makan minum. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"


    Ini adalah antara ucapan standard yang dituturkan, diYMkan, dituliskan atau diSMSkan setiap kali menjelang raya. Persoalannya... adakah bila hari raya baru nak minta maaf?

"Takpe la, nanti bila hari raye baru aku minta maaf kat dia sebab cucuh tapak kaki dia dengan api mancis masa dia tengah tidur haritu"

    Tup, tup... Sehari sebelum raya orang tu mati kena baham harimau kat simpang tiga ujung kampung dekat padang golf sana. Sempatkah nak minta maaf? Seumur hidup diselubung penyesalan teramat.

    Yer, memang benar, bila hari raya menjelang, orang semua suka dan gembira. Terasa ringan je hati nak bermaaf-maafan. Sebab tu ramai yang pilih hari raya untuk minta maaf. Even anak dara yang kahwin lari kat siam pon akan pulang bila hari raya untuk minta maaf. Or suami yang dah kahwin empat dan simpan rahsia tu sampai 15 tahun. Or anak yang fail exam kat luar negara lepas tu kata dia tak fail seterusnya buat bisnes sendiri kat sana. Or isteri yang larikan diri selepas sebulan melahirkan anak sehingga membuatkan suaminya sasau setahun. Semuanya akan pilih hari raya untuk pulang dan memohon ampun. Kan?

    My point is, segeralah minta maaf kalau rasa-rasa ada buat salah dengan orang. Hukumnya wajib. Dah buat orang marah, kecik hati, bengang, rasa nak mengamok... harus la minta maaf. Dan bukan mesti nak tunggu hari raya je. Hari tak raya pon boleh.

    Jangan sesekali kita beranggapan hati seseorang itu akan sejuk setelah kita tag nama dia kt gambar kad hari raya di facebook. Dan jangan juga anggap remeh soal minta maaf ni. Tulis satu sms/email pastu forward kat 500 kenalan kita. Seyes anda tak seyes nak minta maaf...

    Paling elok jumpa sendiri orang yang kita gilis gune troli tu, minta maaf depan-depan. Buat la muka kesian sket, muka mintak simpati, muka bersalah. Tapi jangan over sebab kalau dia tak paham maybe die tersalah anggap muka tu sebagai muka mintak penampar. Then, untuk kasi manis sikit bawak la buah-buahan ke, bunga ke, or apapa hadiah. Tak pon kasi je kereta exora atau sony ericson yang ada layar sentuh yang baru dibeli tu. Mudah-mudahan hatinya terbuka untuk memaafkan kesilapan kita.

    Dan bila orang dah minta maaf kat kita, buang la perasaan ego dan keras kepala tu. Sila maafkan dia jika dia benar-benar ikhlas. Even kalau dia main-main je pon, tak ikhlas, taik idong masin, bagai melepaskan batuk di tangga sekali pon, kita ikhlaskan la diri kita memaafkan dia. Sifat terpuji tu~



Kita hidup di dunia hanya sekali. Mati pon hanya sekali. Tapi minta maaf boleh banyak kali. Apa aku mengarut ini?

Kepada semua kawan-kawan...
Aku dah maafkan semua kesalahan korang. Aku sikit pon tak terase kalo ade yang termengumpat aku. Aku tau korang tak sengaja...

Persoalannya sekarang..
Adakah korang maafkan aku jugak? Aku minta maaf....
(sila baca ayat first kt post ni, aku malas nak taip lagi skali)

Wednesday, September 8, 2010

Rumah Dan Air Mata

Aku main letak je apape tajuk, janji ade tajuk

Dah lebih seminggu aku di rumah tapi rasa macam baru beberapa minit. Baru 7,8 jam aku berhenti merenung laptop aku tapi terasa macam dah bertahun-tahun lamanya. Dua peristiwa yang kontradik melibatkan waktu dan persepsi.

Ok, aku merepek.

Kebosanan menyebabkan aku kembali semula melakukan hobi yang dah lama aku tinggalkan. Membaca.. Aku tak suke (aku da malas nak tulis dlm base baku da) bace sebenarnye. Tapi since bile ntah, aku minat dgn novel. Macamane pon aku tak bace novel-novel jiwang walaupon ade org penah kate aku mat bunge. Ish3, mintak dijauhkan la..

Aku bace tulisan Ramlee Awang Murshid since unsur yang diketengahkan dlm karyanya adalah misteri, thriller, psiko dll, bukannye cinte.

Baru-baru ni aku beli due lagi novel beliau, ADAM dan Cinta Sufi untuk memenuhkan rak buku aku. Mesti korang bosan bile ade orang citer pasal novel, kan? Lantak korang la..

*****



Semalam ayah aku kasi aku beberape keping not 50 ringgit dengan pesanan, "pegi beli baju raye". Nak je aku simpan duit tu, mane tau nanti-nanti boleh buat belanje kawen ke. Tapi sebab ayah aku dah pesan beli baju raye, terpakse la aku bershopping jugak walaupon aku tak suke.

Mase aku jejak je kaki kt tanah air, tempat pertame aku dibawa adalah.. kedai baju! Aku dengan berat hati follow je la. Ade jugak ayah aku offer, "kalo nak beli baju, pilih la sekali" tapi aku degil, tak dengar cakap. So aku tak pilih baju sebab aku pening. Aku pon hairan kenape aku tak suke shopping..

Tengah-tengah bershopping tu tetibe mak aku merungut, "mak pening la. mak bukan suke sangat shopping ni, ayah kau je.."

Sekarang aku tau kenape aku tak suke shopping..

*****



Ntah macamane boleh pulak tergerak hati nak kemas bilik aku yang mmg sejak azali lagi bersih berkilau ni. Rupenye aku ade satu habit yang tak best yaitu suke menyimpan segale macam sampah sarap..

Maybe bunyi sampah sarap tu agak kurang ajar, so aku tukar. Aku suke menyimpan barang-barang lame yang dah x dipakai langsung yang dah mencapai tahap "boleh dibuang atau dibakar".

Dari tali kasut yang tinggal sebelah sehinggalah ke printer lame yang memang tiada harapan sembuh, semuenye ade dalam bilik aku. Sepatutnye dah lame aku singkirkan tapi disebabkan dalam hati ade perasaan "mende-mende ni boleh dijadikan kenangan di hari tua".. so aku tak buang. 

*****



Dan kenape aku ade habit suke membeli buku tapi x bace buku tu?
Serte suke mengumpul tali leher walaupun tahu aku takkan pakai?
Mendownload movie-movie sehingga hdd aku penuh tp akhirnya aku delete semue tu tanpa menontonnya terlebih dahulu..

*****

Aku dah tiade reason untuk merenung laptop. Mungkin aku akan gunekan mase lapang yang ade ni untuk habiskan bace sume buku-buku yang aku beli dulu kot. Antaranya, 55 Silap Mata Mudah, Perlembagaan Persekutuan - berserta index, Discovery Chanel Magazine, National Geographic, 13 Mei: Sebelum dan Selepas serta Undang-Undang Keluarga Islam: Aturan Perkahwinan..

Atau mungkin aku akan habiskan mase memfoto segale mende yang boleh difoto dengan monte aku ni. Sile ke album gambar aku. Aku tak update sebulan dan takde ape yg best pon gamba-gamba tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...