Thursday, March 18, 2010

Itukah Kesudahannya?

Kelas masih belum start sebab cuti masih belum tamat. Keadaannye same macam aku kt rumah dulu, cumenye di sini tak ade adek-adek aku, takde parent aku, just ade kawan-kawan je. Boring tetap boring. So, most of the time aku habiskan dengan buat kerje-kerje tak berpekdah macam bace manga ni ha. Abes sume manga kat website onemanga.com tu aku geledah, cari manga-manga yang best untuk aku follow. But then terlintas plak kat kepale aku tentang suatu manga ni..yang dah lame aku follow, tapi aku tak penah bace ending die "Doraemon".

Aku tau yang doraemon ni bukanlah manga yang baru. Dah lame gile dah citer ni, kalo tak salah since aku lom lahir lagi. Kartunis die, Fuji. F. Fujiko memang berkepale futuristik, idea die memang out of the world. Even kebanyakan dari gadget doreamon tu macam pelik dan nampak mustahil, tapi die mengajar kite tentang banyak perkare sebenarnye. Ade di antare episod-episod yang diisu-kan memaparkan tentang pemanasan global, species terancam serte pencemaran. Dari cerite ni jugak pembace sedikit sebanyak dapat mempelajari tentang kepentingan menghargai masa, mempelajari sejarah dan ilmu-ilmu sains. Kan bagus kalau aku ade sume komik doreamon ni dalam almari umah aku tu.

Bagaimanapun, setiap permulaan pasti ade penamatnya. Kesudahan cerite doraemon ni sebenarnye mengundang byk kontroversi sebab ade macam-macam versi kesudahan. Namun, ade satu versi ni betul-betul membuatkan aku terharu dan menitiskan air mate.

Kisahnya...kuasa bateri doraemon akhirnya kehabisan dan nobita diberi pilihan sama ada menggantikan bateri tersebut tetapi mengakibatkan doraemon kehilangan memorinya, atau menunggu teknologi robotik berkembang suatu hari nanti bagi menghidupkan semula robot tersebut. Selepas daripada itu, segala hubungan antara dunia nobita dan dunia masa hadapan telah terputus. Nobita tidak lagi mampu menggunakan alatan futuristik, tidak lagi mampu menggunakan mesin masa dan yang paling penting, nobita telah kehilangan sahabat karibnya. Sejak hari itu nobita telah berubah dan bersumpah untuk belajar bersungguh-sungguh dan menjadi jurutera robotik. Pada masa hadapannya, diceritakan bahwa Jepun telah menjadi sebuah Republik dan Dekisugi menjadi presidennya. Nobita pula telah mengahwini Sizuka dan berjaya menjadi pakar dalam bidang robotik. Episod ini berkesudahan dengan kejayaan nobita  menghidupkan semula doraemon yang sudah berhenti berfungsi selama 35 tahun..

Episod akhir ini membuatkan aku terfikir panjang. Di awal kemunculan doraemon, dinyatakan bahwa doraemon dihantar ke masa lampau oleh generasi nobita sendiri. Namun, yang menjadi tanda tanya adalah, apakah doraemon yang sama (yang dihidupkan semula) yang dihantar? Atau doraemon yang lain? Akhirnye lepas membace balik episod satu dan membandingkan dengan episod akhir yang tak official tu, aku mendapat sebuah kesimpulan. Sebenarnye tiada siapa yang tahu siapa pencipta doraemon. Doraemon diciptakan pada zaman yang lebih hadapan berbanding zaman di mana ia dihidupkan kembali oleh nobita. Maknanya, pada zaman nobita hidup (sampai la die mati), masih belum ada kilang mencipta robot kucing. Kilang itu hanya ada pada zaman cucu cicit nobita..

Aku agak kagum dengan idea penulis episod akhir tu. Dinyatakan bahwa nobita telah mengubah dunia dan mencipta suatu sejarah baru. Dia merupakan pengasas kepada penciptaan teknologi masa hadapan sehinggakan dia menjadi prioriti utama dunia. Satu mesej tiba dari masa hadapan dan memerintahkan dunia agar melindunginya bagi mengelakkan perubahan sejarah. Macam citer terminator la plak. See, selame ni watak nobita tu kite kenali sebagai si bodoh, lembab dsb, namun at the end..ternyata semuanya tidak benar. Penulis cuba menyampaikan mesej bahwa setiap orang boleh berubah. Sekiranya kita gagal pada hari ini, bukan bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Setiap tindakan yang kita lakukan hari ini mampu memberi impak yang sangat besar pada masa hadapan kita, dan mungkin juga pada masa hadapan dunia. Sama ada dunia akan terus maju atau akan mundur, semuanya terletak pada usaha kita.. (Dan ketentuan Allah. Tapi unsur agame takde la dimasukkan dlm citer ni.)


Aku tak rase ade yang berminat nak amek tau pasal ni, so entah kenape aku susah payah terangkan semue ni. Tapi ape aku kesah, ni blog aku. Sukati la aku nak terang pasal ape pon. Saye ade hak! Anyway, i really hates ending. Tak kire la macamane sekali pon, happy ending or not, aku tetap tak suke..
661

4 comments:

FatinZol said...

asip,bru aku tau kesah dia ended cmtu..klo ko x bgtau,ak xkn tau da ni..hahaha

btw,ak suka doraemon =p

hani idzaida said...

haha aku pon baru tahuu la aten ! n betul jugak wey , ntah siapa yg cipta doraemon pun tak tahu . -,-' apalaaa :p

Anonymous said...

nice r..
br aku tau ending die camni

Asip Hussin said...

Tu salah satu ending die je. Kalo x salah, ade byk lg ending lain. Tp aku suke yg tu the most. Try bace kat wikipedia~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...