Monday, February 15, 2010

Selamat Kembali!

"Just a mere guy who loves human and things"
- Hasif Hussin (19** - kini)

Kate orang penantian itu satu penyiksaan. Dulu aku tak kesah sangat dengan kate-kate tu, tapi kini...segalenye telah berubah. Aku mengakui betape sukarnye menjadi penanti. Makan tak lene, tidur tak basah, mandi tak kenyang...

Mungkin engkau tak rase ape yang aku rase. Maklumlah, seronok mengembare ke tempat baru bersame teman-teman. Namun dalam seronok-seronok itu, kau harus tahu bahwa ada yang sedang kerisauan. Yer, memang aku risau. Bulat-bulat aku percaye yang kau telah tiade, telah pergi buat selamenye. Tup, tup..kau muncul kembali sambil tersenyum-senyum sipu. You almost give me a heart attack you know!

Namun peristiwe ini menjadikan aku lebih matang. Aku akan lebih berhati-hati lain kali. Cukuplah sekali ni engkau pergi. Lepas ni jangan pergi lagi. Nope..bukan salah kau, tapi salah aku dan lepas ni aku akan pastikan kau tak luput dari pandangan lagi. Ape yang ku tanggung selame engkau pergi tak kan mampu ku tanggung sekali lagi. Mungkin engkau sangka engkau pergi tak lama, cuma 3 hari, tapi di pihak aku, aku merasakan bahwa engkau telah pergi selama 4 hari!! Suatu tempoh yang sungguh panjang. Dalam 3 hari ini tahukah engkau betapa pilunye hati ini? Jike selalunya aku makan 4 kali sehari, namun setelah kehilanganmu...seleraku pudar langsung. Aku hanya bisa makan 3 kali sahaja. Air 8 gelas kini tinggal 6 gelas. Berat badan ku turun mendadak..80 gram!!! Aku tidak dapat membayangkan jike engkau pergi lebih lama..mungkin beratku akan turun lagi 20 gram. Tidakkah engkau kasihan dan simpati?

Bagaimana pun, aku sangat-sangat berterima kasih kepada insan yang menjagamu sepanjang ketiadaan aku. Walau pun gaji mereke kecik, setiap hari bersame penyapu dan mop serte kerje mereke tidaklah sehebat kerje seorang pelaut dan jurutebang pokok, namun hati mereke baik. Mereke telah menyelamatkan mu sebelum apa-apa perkara buruk terjadi. Sewaktu engkau ku tinggalkan di ruangan tersebut, mereke mengambilmu dan menyimpan seeloknya. Terime kasih wahai pekerje berbaju biru.

Sungguh.. Aku sungguh gembire atas kepulangan mu..
Selamat kembali..
Wahai pensel tekanku..



Adakah aku pelik sikit? Adakah aku lain sikit? Mungkin benar kerana ia hanya hanyalah sebatang pensel. Dan aku sangat menyayanginya. Bagaimanapun, aku tertanya-tanya. Mampukah aku mengasihi seseorang sehingga sebegini rupa?
Aku...masih tertanya-tanya..

362

3 comments:

Wie said...

kalut gler...hahaha

Qila Rahim said...

'jurutebang'
aku igtkn juruterbang.
sekian.

hAs's said...

haha.tahniah jumpa balik pensel =p
moral of the story,
~appreciate seme mende sementara masih ada.

juz guessing pensel tu mesti spesel than others sbb sumthing happen rite?? from beloved person ke,,or present from sumthing most memorable or else...

yeah, i do feel like u 2,3 days before~~sbb jam patah,it's not ordinary jam plastik,,my bday present time form 2,lama kan,& skrang housing dia da ssh nak jumpa kat pasaran,,so simpan je la lam laci tak leyh nak wat pape da..sedeyh la jugak sposen =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...