Tuesday, August 31, 2010

Rumah Saya

Supirman kembali beraksi!!!
Lebih eksyen!
Lebih besau!
Lebih takut...

    Sampai-sampai epot, aku disambut dengan kete baru, eksyen la sikit kot. Dan kete tu sgt besau. 30 kali lebih besau dari kete sorong. Dan yang lebih menarik, aku dilantik pemandu sepenuh masa, berkuatkuasa serta merta!!! harharhar..

Sedikit tips membawa kereta:

1. Semasa berhenti di lampu isyarat, jangan takut sekiranya kereta anda terasa seperti mengundur ke belakang kerana sebenarnya kereta orang depan yang berjalan ke depan.

2. Jika enjin mati di lampu isyarat, jangan panik mahupun gusar. Walaupon kereta belakang hon-hon, biarkan sahaja, hidupkan enjin seperti biasa dan jalan tanpa ragu-ragu. Tak perlu malu sebab tiada siapa kenal anda.

5. Jika orang kasi signal nak ke kanan atau ke kiri, berikan laluan. Jangan kedek jalan. Sharing is caring.

9. Ada sesetengah pemandu yang "terlebih" berwaspada, terlalu kerap melihat cermin sisi dan cermin pandang belakang sehingga terlupa untuk melihat ke depan. Ini amat berbahaya. Sentiasa setkan di kepala anda, "aku memandu ke hadapan, bukan ke belakang.. maka harus lebih banyak pandang depan"

Dah jauh aku bawak kete ni rupenye. Celik-celik mate je mesti akan kedengaran perintah dari boss-boss besar rumah aku.
"Asip, nanti ikot ayah pegi sekolah. Lepas tu ikot ayah pegi hospital"
"Asip dah zohor ke belum? Nanti ikot ayah pergi Malim, nak pasang spoiler"
"Malam nanti kite nak pergi umah atok, cepat siap-siap"

Cantikkan bentuk ayatnya? Bunyi macam sedap je, konon-konon nak ajak pergi sekali tapi sebenarnye nak suruh aku jadi drebar hahaha. Takpe la, dulu mase aku kecik-kecik dah berjuta batu mak ayah aku bawak aku jalan-jalan. Sekarang turn aku la plak nak bawak dorang pusing-pusing. Yer tak? huhu..

***

"ASIP!!!! Kate nak belajau, cepat laa!!"
Kedengaran suare mak dari dapor. Ha'a, memang la aku ade kate nak belajau buat sup tulang. Aku pon roger la mak aku. Bile sampai-sampai kat dapor je, sume mende dah siap potong, hiris, kisar. Tinggal nak masukkan dalam kuali periuk je. So... dapat belajau mcmane nak masukkan bahan-bahan dalam kuali. Alahai~

     Mule-mule basuh kulit kayu manis, bunge lawang, lada sulah. Blend bawang kecik, bawang merah. Pastu tumis sume skali. Masukkan perencah sup dalam air, encerkan, pastu masukkan dalam kuali.  Biarkan menggelegak. Dalam periuk yang ade tulang, masukkan sup bunjut dan ape lagi tah. Kalo nak tau, tanye la mak aku huhu~ Last-last, masukkan bahan kuali ke periuk. Ta daa.. sup tulang. Untuk mereka yang bertulang..



Kenape aku bukak kelas memandu dan memasak di blog...?

5 comments:

Amin Baek said...

da di melaka ke??
tahniah..haha

senyum said...

1, 2, 5 and 9? yg lain mane?

org xde lesen ni nk tips2 penuh!
huahuahua

Asip Hussin said...

amin: dah sampai da. naseb baik dorang x tangkap aku mase kt epot. muke aku muke baik..

senyum: owh tips tu mmg mcmtu. xde nombor lain dah. kalo nak tips penuh, boleh tanye kat baba haha~

senyum said...

ahaha...baba xnk bgtau. die kate rahsie! die suh tny awak.

Asip Hussin said...

eleh, konon je baba kate mcmtu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...