Wednesday, August 5, 2009

Kalaulah...


Kalaulah dunia ini tiada tiada ayam...mesti tiade telur ayam, kan? KFC jugak mungkin diberi name KFD atau apape sahaja KF- yang bersesuaian. Mesti takde lagi bapa-bapa dan ibu-ibu ayam berkeliaran. Istilah ajak-ajak ayam dan kaki ayam takkan lagi disebut2, begitu juga dgn kau ni ayam betol la..

Kalaulah dunia ini takde negare2, sumenye idop dlm satu kerajaan, mesti takde lg istilah perenang negare, negare dunie ketige dan negarawan, kan? pastu jugak, aku pon senang la nak merantau jauh mencari calon2 bini di mane2 pon tanpe perlu risau nak buat passport atau visa melancong...

Kalaulah dunie ni x ade duit, mungkin org akan beli sebuah kerete dengan 8 ekor lembu kot. tak pon nak dapatkan sebuah rumah, syaratnye aku jadi menantu kau, yer pak? mesti tiade lagi istilah mata duitan, duit kopi mahu pun duit raye, kan? tapi x sure la mcmane dgn pokok duit-duit

Kalaulah dunie ni xde penyangak, perampok, pengintai atau apape sahaje pe- yang jahat, mesti xpayah lagi polis2 atau pegawai2 agame menunggu di lorong2 gelap menantikan penyamun melakukan samunan sebelum menangkapnye. Yerlakan, kalo x samun, mcmane nak tangkap, xde bukti...

Kalaulah dunie ini dipenuhi emas dan permata seperti daun2 berguguran, agak2nye ade lagi tak org nak beli cincin emas atau rantai bertatah permate? mungkin mereke akan beralih kepade cincin tembaga atau rantai bertatahkan bijik getah

Kalaulah dunie ni xde eskrim, mesti dafi dan gita gutawa tidak lagi ketawa dalam iklan cornetto, kan?

Kalaulah dunie ni xde orang buta, mesti tiada cinta. sebab cinta itu buta..

Kalaulah dunie ini boleh bercakap, mesti kite akan terkejut haha

Kalaulah...saye seorang perempuan, mesti saye tidak langsung memakai baju yang mendedahkan dada, lurah2, banjaran2, kawasan perbukitan atau apa sahaja yg sesuai digelarkan, untuk tatapan mereke yg suke menatap. malu la...

Kalaulah...saye seorang raja, mestilah kamu semua rakyatnya. kalau semue nak jadi raja, mesti ramai orang name raja kt dunie ni, rajasami, rajagopal dan rajawali

Kalaulah sume orang tak berbaju, mesti xde sape2 yg kesah nak pakai warne ape hari ni yer? atau pun, cantik la corak baju ko. dan mesti sume org pelik, apasal engkau telanjang (bile seseorang itu berbaju)

Kalaulah waktu itu tidak berputar, mesti kite tidak lagi perlu bersusah payah membeli bateri untuk diisi ke dalam jam. dan kite mungkin tidak akan lagi mendengar , saya putar HALIM.. mahupun istilah putaran halilintar

Kalaulah dunie ini tiada laut, mesti ikan dan sotong akan diternak di dalam reban. dan mungkin ada pula yg membina kandang untuk membela dugong. ikan2 duyung juga tidak perlu lagi berenang tidak berbaju. mereke sudah boleh menutup aurat seperti orang biase

Kalaulah dunie ini tiada aku, rase2nye ade effect x? Agak2nye ade x yg memendam rase kt aku? Pade ekonomi negare atau politik dunie, ade apape perubahan? Adakah pemanasan global akan berhenti? Mungkinkah peperangan2 di dunia tidak tercetus? Atau, adakah dinosour akan terus hidup?

Yang pastinya aku bersyukur kerana aku berada di sini. Aku bersyukur diberi nikmat kesihatan dan keamanan. Walaupon aku tak pernah dijemput untuk menyanyi bersama micheal jaksun, aku tetap gembire kerane tiada sesiapa menghalang aku utk menanyi di bilik mandi. Walaupun aku tidak dilahirkan sbg anak menteri, aku bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang sempurna, cukup makan, cukup pakai. Walaupun aku pernah berasa frust kerana putus cinte, itu tidak menghalang aku untuk terus berusaha dan mendapatkan yang lain. Aku juga gembira walaupun aku tidak sebijak einstain atau sekaya bill gate, setidak-tidaknye, bill2 yang ade digate aku itu masih mampu dibayar...(oleh bapaku)



Kami selalu berlumbe, nak balik cepat...
Kalaulah saye bersabar...




haha~


p.s: entry ni ditulis atas idea seseorang, bkn ciplak yer. kite pinjam idea je, sori bro..hehe
592

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...