Wednesday, August 19, 2009

Selamat Ulang Tahun..

Selamat Hari Jadi...
Selamat Hari Lahir...
Happy Birthday...
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran...
semoga panjang umur, murah rezeki...

Wish2 mcmni dah biase kite dgr bile tibe hari jadi kite atau hari jadi orang yang kite kenal. Yer, hari jadi kite. Disebabkan tarikh hari itu same dgn tarikh mase kite lahir dulu, jadi ianya diraikan sebagai tanda penghargaan atau peringatan. Kdg2 ade org kasi hadiah, tp kalo yg tak mampu tu cukup la sekadar memberi ucapan selamat ataupon ucapan2 berbentuk doa. Dan kalau itu pon tak mampu nak kasi, biasenye dorang buat2 lupe je la. Tapi itu cerite orang, mcmane pulak dgn aku? Kebiasaan aku kdg2 tak same dgn kebiasaan orang lain. Dan faktor inilah yg kdg2 memeningkan kepale org2 disekitar aku...ade masenye, aku sendiri pon pening jugak.

Pade aku tiada apapa yang istimewa pade tarikh kelahiran aku. Hanya sekadar satu tarikh biasa. Setiap hari2ku aku jalani mcm biase je sebab mungkin aku telah terbiase dgn gaye hidup yg mcmtu, atau aku sememangnye tak kisah. Tapi aku bersyukur dan sangat berterime kasih pade org2 di sekeliling aku yg bersusah payah mengingati tarikh kelahiran aku ni, dan jugak berusehe mengucapkan kate2 selamat pade aku bile tibe tarikh tersebut. Itu membuktikan masih ade orang yg mengambil berat pasal aku even dlm hal2 yg aku rasekan kecik mcmni. Terime kasih kpd korang semue. Pun begitu aku masih lagi tak terase apape, meskipon di bibirku terukir senyuman, meskipon diwajahku terpapar tanda2 kegembiraan dan keceriaan, tapi siapa yang tahu isi hati aku mcmane? Kosong. Segala tindakan aku, perasaan yg aku zahirkan adalah kerana aku rasakan itu adalah kebiasaan yang selalu masyarakat lakukan, yakni, bergembire apabila dirai sebegini. Atas sebab tersebutlah aku memilih utk menguntumkan senyuman dan menarik wajah senang seperti kini.

Seumur hidup aku, hanye 4-5 kali sahaja harijadiku diraikan. Seingat aku, semasa umurku 4tahun, 10tahun, semasa di kolej dan hari ini. Jadi aku sudah terbiase dgn situasi2 mcmni. Semua hari2 yang berkaitan diriku jarang sekali aku ingati kerane aku tak nampak apapa yg istimewa pada hari2 tersebut. Mungkin pade orang lain, harijadi adalah satu hari yg penting, yang perlu sentiasa diingati kerana itu adalah tarikh kelahiran kite. Make pade hari tersebut, biasenye org akan kasi hadiah, buat parti, jamuan kecil2an..dan kalau ade awek atau bf tu, sudah pasti mlm tersebut dihabiskan dgn menalipon insan2 tersayang ini. Tapi tidak pade aku..

Aku kalau boleh taknak ingat bile tarikh aku lahir. Sebab ia akan mempengaruhi kerje2 aku. Setiap pertemuan akan berakhir dgn perpisahan. Kelahiran aku merupakan pertemuan antara aku dengan dunia. Dan disebabkan wujudnye pertemuan itu, pasti akan datang juga perpisahan. Satu hari nanti aku akan berpisah dgn dunie ini, membawa amal kebaikan atau bebanan dosa. Adakah aku sempat bertaubat sebelum tiba hari tersebut? Aku tidak pasti. Adakah aku sempat memohon keampunan dari semue insan yang pernah aku sakiti? Aku tidak tahu. Adakah aku sempat memperbetulkan segala kesilapan lampau aku? Jangan tanye aku. Semue persoalan ini akan hadir di fikiran aku sebaik sahaje aku teringat tarikh kelahiran aku. Bukanlah aku mahu lari dari hakikat kematian. Dan pade mase yg same, aku jugak tidak mendoakan agar kematian ini dipercepatkan. Kematian merupakan rahsia Allah, dan aku sikit pon tak terdetik nak amek tahu. Selagi diberikan nyawa, aku akan terus berusaha ke arah kebaikan.

Umur hanyalah sebuah angka. Bagi aku, tiada apa-apa makna tersirat di sebalik angka ini. Bile angka ini mencecah tujuh, kite sudah boleh bersekolah rendah. Pade angka 13, kite akan dihantar ke sekolah menengah. 16, kite sudah boleh mengambil lesen moto. Bile tiba ke angka 18, kite diberi kebenaran berumahtangga. Dan 21 pula merupakan angka yg membolehkan kita keluar mengundi. Angka2 ini terhasil daripada perjalanan masa yang tidak pernah berehat walau sedetik. Diri kita tertakluk kepada angka ini yang semakin hari semakin bertambah nilainya, dari satu ke dua, dua ke tiga, tiga ke empat dan begitulah seterusnya. Titik permulaan angka ini adalah pada detik kelahiran kita, tarikh pertama kita melihat dunia iaitu tarikh harijadi kita. Dan tiada siapa yang tahu bila peningkatan angka ini akan berhenti. Cuma yang pasti bila ia berhenti, putuslah segala perhubungan kita dgn dunia kecuali tiga. Doa anak soleh, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat.

Oleh itu, aku mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan angka2 ini. Cukuplah sekadar ambil tahu berapakah angka ku kini tanpa mahu mengambil berat terhadapnya. Tidak mahu memikirkannya melainkan pada waktu dan situasi2 tertentu, iaitu apa2 perkara yang tertakluk pada peraturan ciptaan tangan2 manusia seperti umur layak mengundi dan umur layak mengambil lesen memandu. Selebihnya, biarlah perjalanan waktu menentukan....

Dan kenapa aku menulis post ini? Sebab tarikh hari ini adalah 19 Ogos 2009, iaitu tarikh yang sama dgn tarikh kelahiran aku, entah berapa puluh tahun yang lepas. Hanya kerana itu..





770

7 comments:

.::: norhasmahsalleh:::. said...

salam ulangtahun kelahiran,,xtau la exactly yang ke berapa..
18? 19? 20?

by the way,,moga-moga dengan pertambahan usia,maka moga-moga seiring pemantapan akidah,keseimbangan rohani dan jasmani,bertambahnya keyakinan dan mematangkan lagi daya pemikiran intelek.

sanah helwa [epy birhtday] =)

Asip Hussin said...

time kasih byk2~

.::: norhasmahsalleh:::. said...

insyaAllah kheir.

asip fly mana nanti?
saudi?jordan?mesir?syria?,...?

robbuna yusahhil=)

.::: norhasmahsalleh:::. said...

ooo,,insyaAllah bikheir,
mabruk alaik.
lulusnya..saya pasti~~ngee
dak terer kan,,hehe=)

nak jalan2 mesir bila2,nnt gitau la.

Anonymous said...

kosong? doa byk2.. perasaan, emosi, itu sebenarnya yang menceriakan suasana, yang menjadikan bumi ini indah. yang menjadikan alam ini sangt hebat.

sy percaya perasaan itu wujud. barangkali saudara tidak mahu diambil kisah perasaan itu.
ego mungkin?

Anonymous said...

patut la die bosan jee dgr org ckp psl birthday. hmmmm~

Asip Hussin said...

mane ade bosan la awak.. just, kesian topik2 lain. dorang pon nak dibicarekan jugak hihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...