Saturday, August 1, 2009

Kita Sedang SAKIT

Marah? Ya, sebagai insan yang waras, mampu menilai baik buruk sesuatu, memang kita agak terasa hati dengan sikap dan tindakan mereka. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Apa yang mereka lakukan bertunjangkan nasfu semata. Perjuangan insan-insan terdahulu mendapatkan kemerdekaan seolah-olah tidak memberi apa-apa erti buat mereka. Mereka tidak dambakan sebarang balasan, bukan emas setinggi gunung, bukan juga intan permata selautan dunia. Cukuplah bagi mereka penghayatan dan kesedaran kita. Tapi, apa yang berlaku kini cukup dikesali...

Demonstrasi jalanan! Ini bukan budaya kita. Ibarat kanak-kanak mahukan perhatian, tangis dan radang menjadi mainan. Kita sudah dewasa, mampu berfikir, boleh menilai. Sekalipun niat di hati baik, bukan begini cara kita untuk menyuarakannya. Seolah-olah memaksa agar kehendak kita ditunaikan. Bukankah negara kita sudah cukup aman, kita bukannya bangsa yang tidak bermaruah, tiada harga diri. Siapakah yang mendapat manfaat sekiranya para peniaga tidak lagi dapat meneruskan jualannya? Siapakah yang beroleh keuntungan bila orang2 awam tidak lagi dapat meneruskan aktiviti harian mereka? Bagaimana pula dengan pemandu2 yang semestinya mahukan perjalanan mereka lancar? Tiada perasaankah mereka ini? Tanpa memikirkan baik buruk akan tindakan tidak bertanggungjawab ini, golongan2 ini menjadi mangsa.

Berkenaan isu yang dimainkan..demonstrasi dibuat bagi membubarkan suatu akta yang tidak mereka setujui, tapi untuk apa? Diciptakan akta tersebut bagi mengawal dan memelihara keharmonian negara. Apa yang nak ditakutkan jika diri tidak bersalah. Mereka yang bersalah harus dihukum, dan akta tersebut tercipta atas tujuan tersebut. Jadi adakah mereka ingin membuktikan pada semua bahawa mereka bersalah, lantas ingin menghapuskan akta itu agar kesalahan mereka tidak terhukum? Akal diberi untuk berfikir tapi mengapa nafsu jua yang dituriti...

SEDARLAH..mereka diluar sana sedang berjuang mendapatkan kemerdekaan. Saban hari mereka bagai diburu bayang2 sendiri. Di sini kesengsaraan, di sana penderitaan. Hanya berbekalkan iman di dada, mereka mengangkat senjata, bertempur sehabis upaya. Tapi kita di sini, generasi pasca merdeka. Lahir kita dalam keamanan. Membesar kita dalam kemerdekaan. Namun bila kita sudah mampu berfikir, lupa kita pada jasa dan pengorbanan mereka yang memperjuangkan kesejahteraan kita. Apa yang difikirkan adalah bagaimana hendak mencipta kekecohan, bagaimana hendak memporak perandakan keharmonian. SEDARLAH..kita tidak sendirian hidup di muka bumi ini. Sentiasa ada mata-mata buas menanti waktu untuk mengusir kita keluar dari negara kita sendiri. Dan bila tiba waktu itu tiba, andai kita masih lagi seperti sekarang...bagaimanakah?





367

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...