Wednesday, May 26, 2010

Bukan Budak Kecik Lagi

Sampai bila kita nak jadi budak-budak? Cuba tengok diri kita. Katakan tiba-tiba kita main kejar-kejar dgn kawan kita, lari dari gang 1 sampai gang 8, lepas dapat tangkap, tutup mata kat belakang pokok, then kira dari satu sampai sepuluh, pastu bila dah habis kira, jerit kuat2 "Dah ke belommm???". Tiada sahutan, bererti mereka dah abes menyorok. Kita pon mule mencari... Kalau perkara ini terjadi, apa yang kita rasa? Orang kampung dan jiran-jiran sume dok perhati je. "sengal apa budak ni?". Mesti kite rase malu, kan? Jangan tipu la kata tak malu. Paling tidak pun telinga merah sebab segan.

See, kalau dulu kita tak segan buat mende-mende macam ni, tapi sekarang segan, so ape maknanya? Maknanya...kite bukanlah budak-budak lagi!

Mende macam ni takde masalah jika dilakukan oleh budak-budak. Budak kecil tak faham apa-apa. Kenapa tak boleh makan jajan selalu? Kenapa tak boleh main mercun? Kenapa tak kasi mandi lombong? Bagi mereka segala yang dirasakan best itu, tiada masalah jika dilakukan. Tidur smpai tengahari itu best. Tgk kartun sampai maghrib tu best. Main game sehari sampai 23jam itu best. Senang cerita, mereka adalah budak-budak kerana mereka tak faham tentang sesuatu. Iaitu TANGGUNGJAWAB...

So far apa yang kita faham tentang tanggungjawab? Or kita tak paham apa-apa, sebab tu perangai sorang2 still mcm budak-budak, begitu kah? Bila ditanya, masing-masing mengaku dah mumayiz, dah mencapai akil baligh. Ertinya apa? Ertinya, kita dah besaaaaar la. Dosa tanggung sendiri! Kalo kita mengumpat, kita tanggung sendiri. Kalau sengaja tak puasa, tak solat, jangan harap mak ayah nak tolong jawabkan utk kita nanti. Orang azan panggil solat Jumaat, kita buat dek je. Dah tau rokok tu memudaratkan, haram hukumnya, kita pekakkan telinga. So, ape kesudahannya nanti? "...sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa -11:49". Kita? Bertakwakah? Layak ke nak dapat kesudahan yang baik?

Tanye balik pade diri kita. "Adakah kita bertanggungjawab?" Eh, maybe soalan ni agak berat utk dijawab. Ok, soalan lain yg agak ringan. "Adakah kita sedar yang kita ada tanggungjawab?". Memandangkan utk melakukan sesuatu itu harus ada kesedaran dahulu, so maybe itu adalah soalan terbaik. Sedarkah kita bahwa bermulanya saat kita mumayiz dan baligh, kita telah pon ada suatu tangungjawab? Ya, tanggungjawab kepada agama kita.

Pade awalnya, tanggungjawab ni terletak pada orang tua kita. Sebab tu mak ayah kita puas la mengajor kita mengucap, solat, ngaji, puasa, penjagaan aurat dsb sebab itu tanggungjawab mereka. So bila sampai je ke tempoh tersebut, kite dah baligh, tanggungjawab tu terlepas. Bukan la maksudnya mereka dah tak payah tangung makan minum kita, tapi maksudnya di sini adalah pasal dosa pahala. Semue kemungkaran yg kita buat, tanggung sendiri la bro!

Then, apabila umur kita meningkat, lebih banyak lagi tanggungjawab yang datang. Adakah kita sedar? Tanggungjawab kepada alam sekitar, kepada masyarakat sekeliling, kepada pemerintah dan sebagainya. Tapi dalam byk2 tu, tanggungjawab yg aku rasa paling best skali utk dibahas adalah tanggungjawab kepada diri sendiri.

Kita bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatan kita sendiri dari bangun tidoq, sampai la kita tidoq balik. Cube renung balik apa yang kita buat sehari-harian. Waktu orang tidor, kita still berjaga, main game, surf laman tah hape2 kt net dsb. Kol 3,4 pagi baru nak tidor. Then bila jam dah kol 7 pagi, baru nak bangun, qada solat subuh. Adakah kita bertanggungjawab?

Hari Ahad memang la cuti. Dan kebanyakannye akan berkata, itu hari utk berehat. Tapi adakah itu bermakna kita harus tidor sepanjang hari? Sekurang-kurangnya bangun je la even takde kelas. Gi jalan-jalan ke, ke pasar ke or buat je apa-apa sahaja asalkan bukan maksiat dan tidak memudaratkan. Badan kita pon ade hak jugak. Kalo asek tido je, nanti sakit makit badan tu. Ini tak, lepas subuh je tarik balik selimut, bila matahari dah ngantuk baru kite nak bangun. Adakah ini yang dipanggil rase bertanggungjawab?

Di rumah pulak. Bila dah habis makan apa yg kita buat? Tinggal je pinggan tu atas meja. Mentang-mentang ada org gaji (umah aku kt kampung takde). Apa la salahnya kalau diangkat pinggan tu, bawa ke singki. Nanti kita pon nak ke singki jugak utk basuh tangan, so alang-alang tu bawak je la. Kalau nak angkat pinggan pon malas, nak basuh lagi la payah kot. Takat celop2 span, tenyeh2 pinggan pastu bilas. Susah ke?

Masuk bilik on suis lampu, kipas, laptop dan segala macam suis. Bila nak kuar gi tandas, apa la salahnya kalau tutup suis-suis tu kejap. Maybe laptop agak susah sket, tapi lampu same kipas, susah ke? Mungkin kita rasa, "alaa nak kuar kejap je, tak sampai semenit". Tapi sedarkah kita bahwa pembaziran itu tetap pembaziran walaupon semenit? Memang la bil listrik tak terjejas, just naik seposen dua je. Tapi kalo kita jimat, macam-macam kite leh buat dengan seposen dua tu. Koman-koman pon masuk dalam tabung masjid (nasehat orang berapi-api, tp aku buat ke?). Cuba tanya pada diri, adakah kita bertanggungjawab?

Kite tahu setan tu musuh nyata yang harus kita perangi sehabisnya. Tapi kenapa kita selalu ikot telunjuk setan? Kite dah diajar membace doa mohon perlindungan dari gangguan setan, "a’uzubillahi minasy syaitanir rajimtp adakah kita amalkan? Kalo ke tandas tu, menonong je masuk. Bersuke ria setan2 tu. Berapa saat je pun masa yg diperlukan utk baca doa masuk tandas, tapi adakah kita baca? Minah-minah sekeliling pakai baju sekerat2 je (or tak pakai langsung) dan kita pon terpandang sket. Lepas tu ape kita buat? Teruskan memandang dan berfantasi? Dia orang kafir atau orang yang terlupa (semoga mereka mendapat hidayah), tapi kita bukan. Dah tau pandang aurat tu hukumnye berdosa, masuk neraka tapi still buat jugak (atleast control la sbb nak cegah habis-habisan tu mcm payah je). Adakah kita bertanggungjawab?

Maybe ada di antara kita yang berpendapat, "kita masih muda..". Yer, memang la muda lagi. Tapi sepatutnya masa muda la kita kene belajar perkara-perkara ni. Nanti dah tua boleh belajar mende lain plak.  Sepatutnya kita harus mula menyedari akan kepentingan hal ini dan belajar menguruskan diri sendiri. Cuba la rasa bertanggungjawab sket. Kalau tanggungjawab sebegini pon kita tak mampu nak pikul dan uruskan, macamana kita nak pikul tanggungjawab yang lebih besar kelak? Kita bukan budak-budak lagi..


Akhir kata, semoga Allah tunjukkan kita jalan dan permudahkan urusan kita..


- sekadar pendapat -

4 comments:

Anonymous said...

sume post ko tulis mcm essay spm..

Asip Hussin said...

kalo aku tulih mcmni, kene potong markah le. had spm 650-700 je. aku da terlebih 309..

lgpon mane leh letak gambo.

hamba said...

angin perubahan ke? :)

Asip Hussin said...

angin perubahan? xde la smpai ke situ. bab2 politik ni saye still neutral dan green.

rujuk anginperubahan.blogspot

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...