Monday, May 24, 2010

Jimat

Manusia makan, hewan makan malah tumbuhan pon makan. Tak kira macam mana caranya, sama ada masuk mulut-kunyah-telan, sedut dari air, mahupun secara fagositosis, semua benda perlu makan. Selagi ia hidup, maka makanlah ia. Sebagai seorang manusia, kalau tak makan, semestinya kita akan menghadapi pelbagai kemungkinan-kemungkinan sadis yang tidak diingini seperti perut masuk angin, sakit lambung, tiada tenaga, kurang zat, penyakit berkait gizi dan yang paling teruk..kematian. Tapi rasanye kat negara kita jarang ada kes mati kebuluran. Allah masih sayang kat kita (tapi kalau ade yang mati pon, tak bermakna Allah tak sayang). Paling kurang pon sekadar tak cukup zat, badan keding dsb. 

As pelajar macam aku ni yang bergantung pada wang pembayar cukai, aku tak boleh la nak kata hidup aku mewah mahu pon sadis. Semuanya aku rasa cukup mukup je. Aku yakin pemerintah aku dah buat perhitungan yang serius pasal pembahagian wang ni. Maknanya, elaun sara hidup yang diberikan tu memang ternyata mencukupi malah mungkin lebih bagi sesetengah orang.

Bila aku renung balik diri aku, aku tak pernah rase kebulur sepanjang di sini. Paling-paling sengkek pon, makan megi. Macamana boleh sengkek? Maybe itu sebab aku ter-misscalculate perbelanjaan aku kot. Banyak sangat beli mende yang tak perlu, boroskan sane sini. Kalau kita just makan secukupnya, berbelanja dengan sederhana aku rasa masalah sengkek ni takkan ada dalam kamus hidup kita.

Aku selalu diingatkan baik oleh ayah, emak, abang atau sesiapa sahaja tentang bab makan ni. Lebih kurang begini peringatannya, "kalau pasal makan, jangan berkira". Exact words dia aku tak ingat tapi macam itu la maksudnya setiap kali pon. Dulu aku tak kisah pasal ni. Masa darjah satu aku pernah je tak guna langsung duit saku harian aku. Simpan singgit demi singgit semata-mata nak beli kereta mainan Tamiya tu. Tapi sekarang tak lagi. Malah aku mohon dijauhkan dari pemikiran macamtu.

Tak kira macamane kita nak berjimat sekali pun, makan tetap makan. Andai kata kita merancang sesuatu yang sangat besar sekalipun misalnye nak kumpul duit utk kawen, aku rase adalah sangat tak patut kalau kita mengikat perut dgn makan megi je hari-hari. Maksud aku di sini adalah, kalau sebelum ni kita makan nasik dua kali sehari, so tetap teruskan dengan rutin tu. Jangan la pulak kita kurangkan atau tak makan langsung. Kalau kita biasa makan lauk ayam di siang hari dan ikan di malam hari, jangan la pulak hanya kerana nak berjimat, kita makan nasi kosong tambah garam or kicap je.

Duit boleh carik tapi kesihatan itu tidak ternilai harganya. Dalam prioriti utama seorang Muslim, nyawa diletakkan pada tangga kedua selepas agama. Harta pulak di tangga kelima. Maksudnya di sini, nyawa tu sangat penting jika nak dibandingkan dengan harta. Nyawa ni termasuk la kesehatan dan penjagaan makan. Kalau kita makan sambil lewe je, pastu sakit, pastu mati.. ertinye kite tak jaga nyawa la. Hukumnya? Berdosa~

Memang kita disaran untuk berjimat cermat lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu zaman ini. Namun, berjimat-cermat pun ada had dan batasnya. Kalau kita suka berbelanja sakan, sekali shopping habis sampai 3,4 ratus dan shopping pulak sampai 7 kali seminggu..mungkin kita boleh belajar kurangkan part ini. Cukuplah sekadar beli apa yang perlu. Baju tu kalo rase dah lusuh tahap gaban sangat, boleh la beli baru. Kalo rasa asek pakai sepasang suar je, seminggu sampai lapan kali tak bertukar, rasanye tak salah kalau nak beli lagi 2,3 pasang, lebih digalakkan. Tapi kalau rasa dalam gobok tu dah banyak sangat pakaian, sampaikan boleh pakai pakaian berlainan setiap hari utk sepanjang tahun, rasanye adalah sangat wajar jika kita pakai yg tu dulu instead of beli lagi.

Apa lagi? Kuat berjalan? Tak salah kalau nak gi jalan-jalan. Tonton muvie ke, ice-skating dsb. Tapi itu pun harus beringat la. Jangan la terlalu kerap sampaikan dalam seminggu tu, hampir setiap hari nak gi tgk wayang. Dan semestinya tiada masalah kalau sekali sekala kita nak memanjakan diri kita. Boleh je nak makan kt Pizza, Berger King dsb tapi itu pun tak payah la selalu sangat. Sekadar perlu like sebulan sekali or dua kali ke, ok kot kalo mcmtu.

See, kalo nak berjimat tu boleh je. Tinggal lagi tak ramai yang betul-betul berusaha ke arahnya. Sekadar cakap nak berjimat tapi still lagi boros tak hengat, memang tinggal mimpi je la citer berjimat tu. Pokoknye di sini bukan hasilnya tapi usaha kita sendiri. Yer hasil tu memang la penting, tapi usaha ke arahnya jauh lebih penting. Allah suke hamba-hambaNya yang berusaha dan memang Allah akan bukakan jalan untuk mereka ni. Ibarat petani dan hasil taninya. Memang la kita inginkan hasil yang lumayan dan menguntungkan, tapi kalau kita sekadar bercakap tanpa adenya apapa usaha, adakah padi tu akan tumbuh sendiri? Adakah tembikai tu tetiba je muncul kat ladang kita? Semestinye tak.. So, jangan risau untuk berjimat. 

Jadi, kepada teman-teman sekalian (dan aku sendiri jugak), kalau rasa mampu berjimat tu, berjimat la. Kalo mampu masak, lebih baik masak. Even aku sendiri merancang untuk belajar mende-mende ni sebab nak berjimat. Bila ke kedai or mall tu, kalau rasa apa yg kita nampak tu tak berapa penting, tak perlu la beli. Ini semua untuk kebaikan diri kita sendiri jugak. Maybe kita tiada apa-apa plan yang besar yang memerlukan kita belajar menguruskan kewangan, tapi tak salah kalau kita nak berjimat. Mana tau satu hari nanti berlaku sesuatu yang unexpected..


Akhir kata, semoga Allah bukakan jalan dan permudahkan urusan kita.


- Sekadar berkongsi~ -





P/s: By the way, actually aku sedang merancang sesuatu yang besar.. yang mengharuskan aku belajar berjimat dari skrg~

6 comments:

+aNa baNana+ said...

thanks sbb kongsi.. sgt bergune.. mungkin blh di aplikasikan.. hehe..

Asip Hussin said...

same-same. mari kite buat kempen menabung~

Anonymous said...

asip,merancang yg besar tu,klau jadi,bgtau la ye....

Asip Hussin said...

haa, jgn men2. besau ni. saaaaaangat besau. taktau la mcmane nak gambaukan kebesauannye~

Anonymous said...

xper2..duit jpa cukup ntk kebesauan benda ko nak buat tu..

Asip Hussin said...

xde la smpai mcmtu. kalau still xmampu, aku tunggu la smpai da keje nanti. takpe akus still boleh bersabau

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...