Saturday, August 15, 2009

Wahai Insan Berjasa

Hadoi, sebenarnye tadi aku ade tulis something utk dipostkan. Tapi lepas 2jam aku mengarang, aku rase tak jadi nak post sbb topik tu mcm terlalu panjang utk diceritekan. Takpe la, aku malas nak padam, aku save as draft je. Mane tau bile2 nanti aku tergerak balik nak sambung. Haa..skrg aku tibe2 terdetik nak citer pasal cikgu2 aku dulu, kini, dan selamanye.

Memule sekali, sempene Hari Guru yang dah berlalu entah bile, aku pon tak pasti, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepade semue insan yang telah banyak berjase dan berkorban mase untuk saye, hanye untuk membentuk saye menjadi seorang insan yang bergune pade diri sendiri, agame, bangse dan negare tercinta huih panjangnyer ayat semput kalau bace sekali napas. Guru pertame aku adalah mak dan ayah aku sendiri. Dari pendidikan tak formal yang mereke ajarkanlah aku kini dapat berjalan, bertutur bahasa melayu, dan beradab walau di mane aku berade.

Mase kecik dulu, mak akulah insan pertama yang memperkenalkan aku dgn huruf A dan huruf alif. Biar pon nampak sedikit, tapi dari pendidikan kecil itulah aku kini mampu mengaji kitab al-Quran dan mengkaji kitab2 Bio dan Falsafah kegemaranku yang sentiasa aku kendong ke mana sahaja itu. Setiap malam, mak akan menghidangkan segelas susu utk aku dan abg2ku masing2. Kate mak susu baik utk kesihatan, nanti xde la jadi tue kerepot tak sedar diri (yg tak sedar diri tu aku tambah sendiri, mak aku tak penah sebut) dan dari situ aku belajar bahawa betape pentingnye penjagaan kesihatan dalam kehidupan seharian. Sebelum tidur pulak, mak akan berade di sisi aku, mengajarku membaca doa tidur dan kalimah syahadah. Aku mmg takut pade gelap, risau kene cekik hantu. Jadi mak kate, kalau tak nak kene cekik, bace doa ni. Dari situ aku belajar betapa pentingnye doa ini dlm membantu kite menentang kejahatan yang tersembunyi semase kite tidur.

Ayah aku pulak, mengajar aku secare tidak langsung ttg nilai2 hidup. Mase aku rendam jam tgn yang baru ayah beli smpai jam tu mati, ayah aku memberikan ku sebuah lempangan sakti. Dari situ aku belajar, betape pentingnye kite"bertanye apapa jike tak faham". Mase ayah aku bawak aku mandi kt sungai, aku menyelam bersame cermin mate. Bile keluar, cermin mateku tiada. Di rumah, aku menerime sebatan hikmat dari ayah aku. Dari situ aku belajar erti berjimat cermat. Mase aku nak UPSR, ayahlah guru BM ku, guru BI ku, guru matematikku, dan guru Sainsku semase di rumah. Pernah sekali aku terlupe berapa hasil darab 9 dengan 4 semase membuat latihan, lantas meletakkan 81 sebagai jawapan. Hasilnye aku diberi pujian berbentuk rotan ajaib oleh ayahku. Dari situ aku belajar bahawa 81 bukanlah jawapan kepada soalan 9 kali 4. Ternyata semua itu tidak lain tidak bukan, hanye untuk kebaikan aku. Kini aku bukan sahaja tahu bahawa 9 x 4 = 36, aku jugak tahu bgaimana hendak menyelesaikan algebra, log, masalah punca kuasa, koordinasi, bulatan dan trigonometri. Terima kasih atas asas yang diberikan.

Itulah perihalnye aku di rumah. Seterusnya aku melangkah ke sekolah rendah. Di sekolah, aku amat menghormati guru2ku. Mereke mengukuhkan lagi asas2 pendidikan yang telah diberikan oleh mak dan ayah kepadaku. Dalam pengajaran mereke, ada masanya aku tertidur. Tapi demi kasih dan amanah yang telah disandarkan ke bahu mereka, sikit pon mereke tak terase oleh tindakan aku. Sebaliknye mereke mengejutkan aku dengan laungan2 keramat yang bisa menggugurkan dedaunan hijau dari pepohon merimbun. Alangkah hebat kasih mereka. Saban hari mereke mengajarku dgn penuh kesabaran. Kenakalan aku sikit pon tak menggoyahkan semangat juang mereke untuk terus mendidik aku. Apabila aku nakal, mereke langsung tidak menghukum sebaliknye mereke memberi aku peluang untuk berdiri di luar kelas bagi menikmati keindahan alam. Alangkah baiknya hati mereka. Semasa belajar, adakalanya aku tak faham, dan ada masanya aku sengaja buat2 tak faham sebab boring belajar. Penerimaan ku terhadap pengajaran mereka kadang2 terpesong, lain yang diajar, lain pulak yang aku buat sampailah terbawak2 mase dalam ujian. Selepas ujian, ramai di antara kawan2ku mendapat bintang, tetapi apabila tiba giliran aku, sebiji bulan penuh diberikan pada ruangan tertentu yang penuh berpangkah. Kata cikgu, bintang dah habis, jadi terpaksa memberi bulan. Alangkah memahami. Terima kasih cikgu, kerana cikgu semua, saya berada di sini. Ya, di rumah ini menanti sebuah keputusan penting, yang juga merupakan salah satu kunci kepada pintu masa hadapan saya.

Diriku ku bawa ke atas sebuah bukit. Di situ aku menghabiskan lima tahun lamanya demi mendapatkan beberapa helai kertas ajaib. Tanpa kertas tersebut, aku tidak akan dpt membuktikan pada dunia bahawa aku telah tamat sekolah dan pernah menduduki peperiksaan SPM. Ajaib bukan, kertas tersebut? Guru2 di sekolah menengah amat baik pada ku. Ada di antara mereka yang mengajar mengenai sebuah sistem dan organ yang cukup misteri di tubuh kita, di mana jika tiada organ misteri ini, tiada sebarang kelahiran akan berlaku. Semasa di kelas ilmu hisab, aku sering tertidur kerana mengantuk. Tapi aku tidak menerima sebarang laungan keramat seperti mane di sekolah rendah, hairan jugak knp. Apakah aku tidak dikasihi guru sekolah menengah sebagai mana aku dikasihi guru sekolah rendah? Aku tidak pasti. Yang pasti, aku hanya dpt melihat guru itu menulis sahaja di buku birunya sambil merenung tajam pada aku. Dan bila tiba hari perjumpaan ibu bapa dan guru, ayah ku seolah2 tahu yg aku tidur di dalam kelas selepas berbual mesra dgn guru itu. Aku keliru, macamana ayah tahu? Adakah ayahku memasang cctv di bawah mejeku? Atau..kuasa sakti? oh tidak mungkin.

Keputusan SPM ku tidaklah sebagus mana. Subjek yg aku ambil termasuklah BM, matematik..dan 8 lagi subjek lain tetapi hanya 10 subjek sahaja yg berjaya aku dapatkan A dari kesemue subjek yang aku ambil. Mungkin usaha ku tidak cukup kuat barangkali. Tuah ayam nampak di kaki ayam, tuah diriku? Aku tak tahu. Yang pasti, keputusan sedemikian cuma melayakkan aku mengikuti foundation course di sebuah U di selangor. Dan jike aku lulus, aku akan menerima tawaran belajar ke luar negara, itulah janji penaja. Tp aku bersyukur, sekurang2nye aku mendapat biasiswa utk meneruskan pelajaran. Dan keistimewaan ini akan aku jadikan sebagai pembakar semangat utk lebih gigih mengejar cita2ku. Aku amat bersyukur.

Di kolej aku, sekali lagi aku perlu berdepan dgn insan2 tabah seperti dahulu. Pengajarku kali ini terdiri daripada mereka yang amat unik, ceria sentiasa, berbudi bahasa, serta murah dgn senyuman. Mereka sama sekali tidak pernah marah jika aku tidak dtg ke kuliah mereka, dan setiap kali aku tidak hadir, aku dapat melihat satu bulatan kecil di sebelah namaku di buku rekod kedatangan. Apakah maksudnya? Aku gagal memberi tafsiran. Tetapi aku yakin bulatan itu dilukis oleh mereka sebagai tanda bahawa mereka mengambil berat pada kami. Aku tidaklah kerap tidak hadir, cuma sekali dua sahaja. Pernah juga aku melihat rakanku keluar masuk bilik ketua program, bila dilihat buku kehadirannya, penuh dgn bulatan comel. Bukankah bulatan itu tanda yang diberikan oleh pensyarah kepada kita kerana sayangnya mereka pada pelajarnya? Tapi kenapa rakan2ku yang menerima bulatan ini, kelihatan sugul dan muram setiap kali keluar dari bilik ketua program? Aku...semakin keliru.

Walaubagaimana pon, aku ingin mengucapkan terima kasih pada mereka yang telah byk mendidik dan mengajarku. Seandainya mampu ku ucapkan terima kasih itu sejuta kali, pasti akan ku lafazkan. Tapi bila aku mengenangkan berapa umurku kelak sebaik sahaja selesai melafazkan terima kasih yang ke-sejuta, entah kenapa tiba2 aku menjadi risau. Oleh itu, aku memutuskan untuk berterima kasih sekali sahaja...

Terima Kasih, Cikgu...





1197

3 comments:

AkMaR said...

Hahaha...
Lawak giler post ni...
X sgka kau amat menyayangi cikgu2 kau ek...
Dan ayh kau pun sgt gemar menghadiahkan senjata2 ajaib kpd kau..
Aku kagum, sbb kt rmh, mak aku je yg ada byk senjata2 mcm tu.
Ayah aku x smpai hati nk meninggalkan tatu di kulit anak prmpmnye...
Haha...

Amin Baek said...

aku rindu cikgu rachel n bio nye..
ko leh a truskn bio..
aku da takde lagi kamus bio dalam idop..huhu
hanya bermain2 dgn fizik..adeh..
ingtan fakta2 bio pn tinggal sisa2 jek
ruginya..(pdahal dlu nk wt course bio..hurm)

btw,all the best

Asip Hussin said...

akmar, yer, mmg aku syg dgn cikgu2 aku lebih2 lagi cikgu2 yg garang. pernah dulu ade sorang cikgu garang kt skola aku, sume org takut. tp entah mcmane aku boleh plak baik ngan die. maybe sebab care pembelajaran aku kene dgn citerase die kot.

amin, time kasih. hari ini (19 ogos) adalah hari terakhir. esok adalah hari penentuan, samaade aku akan terus di atas line bio, atau tak. semue depend kt result aku esok. doakan kami semue yer.
n all the best utk ko jugak

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...